• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, October 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Warga Indonesia Mati Ditikam Gara-Gara Selipar

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pekerja buruh kontrak warga Indonesia maut ditikam anak saudaranya, gara-gara menegur suspek akibat selipar miliknya yang dipakai terpijak tahi anjing di kawasan rumah setinggan, Jalan Kebun Teh Lama, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata Sahral Asmara, 56, yang juga berstatus penduduk tetap ditikam pada pukul 7.40 malam di rumahnya.

“Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertengkar dengan suspek mengenai perkara itu. Suspek yang tidak puas hati lalu meluru masuk ke dalam rumah dan keluar semula dengan pisau lapan inci sebelum menikam mangsa di bahagian kanan pinggang,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sulaiman berkata mangsa kemudiannya sempat keluar dari rumah dan meminta tolong jiran-jirannya sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan, kata beliau.

Sulaiman berkata pihaknya kini giat melakukan usaha untuk menjejaki suspek utama yang juga warga Indonesia, berumur dalam lingkungan 42 tahun, yang melarikan diri sejurus kejadian.

Beliau meminta saksi dan orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Daerah Johor Baharu Selatan di 07-2218999.

Kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: mautwarga asing
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd