• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Lancar Penerbangan Pertama Ke Amritsar

oleh Ahmad Albab
25/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan hibrid Malaysia, Malindo Air hari ini melancarkan penerbangan pertamanya ke Amritsar, India.

Penerbangan OD271 Kuala Lumpur-Amritsar itu beroperasi tiga kali seminggu pada Rabu, Jumaat dan Sabtu, menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.

Penerbangan pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sri Guru Ram Das Jee Amritsar, menandakan destinasi ketujuh Malindo Air di India.

Malindo Air juga merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang menghubungkan Asia Tenggara dengan Amritsar.

Sempena dengan pengenalan laluan terkininya, syarikat penerbangan tersebut menawarkan tiket penerbangan pada tambang promosi hanya RM759 sehala termasuk semua bagi Kelas Ekonomi dan RM1,309 sehala termasuk semua bagi Kelas Perniagaan.

“Menjadi satu-satunya syarikat penerbangan menghubungkan Asia Tenggara dengan Amritsar, kami berharap melalui laluan baharu ini, sektor pelancongan di Malaysia dan India akan berkembang kukuh dengan lebih ramai ketibaan pelancong,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy.

India adalah pasaran penting Malaysia, menjadi antara 10 pasaran menjana pelancong.

Untuk tempahan dan pertanyaan, layari www.malindoair.com, e-mel kepada Customer Care di [email protected], atau hubungi +603-7841 5388 dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd