• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Bayi Berusia 2 Tahun Didera Pengasuh Pusat Asuhan

oleh AK-47
27/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ibu hanya mampu menangis selepas melihat rakaman video menunjukkan anaknya yang baru berusia dua tahun sedang didera seorang pengasuh pusat asuhan kanak-kanak di Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu.

Ibu tunggal berusia 40 tahun itu yang enggan namanya didedahkan berkata, laporan polis telah dibuat kerana dia tidak mahu kanak-kanak lain menjadi mangsa seperti anaknya.

Menurutnya, video berkenaan telah merungkai segala persoalan mengenai kesan lebam dan bengkak pada badan anaknya.

“Tergamak dia buat macam tu, saya rasa nak menangis. Semangat saya baru hendak pulih selepas suami meninggal, mereka buat macam ini dekat anak saya,” katanya, memetik laporan berita Astro Awani.

Menerusi video, bayi malang itu ditampar di muka beberapa kali oleh pengasuh wanita terbabit kerana tidak henti-henti menangis.

Pelaku turut menutup muka kanak-kanak itu dengan sehelai tuala supaya dia berhenti menangis, sambil memicit-micit bahagian muka mangsa termasuk hidung.

Menurut ibu mangsa juga, klip video tersebut diterimanya melalui kiriman aplikasi whatsapp daripada seorang kenalan yang bekerja di pusat asuhan tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Adris Abdul Ghafar mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian dan siasatan telah dijalankan.

Rakaman video berdurasi 44 saat yang dikatakan dirakam pada 15 Oktober itu telah tersebar di laman sosial hingga menimbulkan kemarahan masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Tags: facebookvideo viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd