• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlis Dilarang Buat Pembakaran Terbuka

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Penduduk di negeri ini termasuk petani dilarang melakukan pembakaran terbuka untuk mengurangkan masalah jerebu, kata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri, Datuk Mat Rawi Kassim.

Beliau berkata walaupun selama ini para petani diberi kelonggaran membakar jerami padi mereka selepas menuai padi, tetapi dalam keadaan jerebu masa kini, mereka dilarang berbuat demikian.

Sebanyak 63 anggota Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) membuat pemantauan di seluruh negeri untuk mengesan mereka yang melakukan pembakaran terbuka.

“Kalau aktiviti itu dapat dikesan, para anggota berkenaan akan terus membuat laporan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri untuk tindakan selanjutnya,” kata Mat Rawi kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Alam Sekitar peringkat negeri di Kampung Kurong Tengar di sini hari ini.

Mat Rawi berkata mereka yang melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 dan jika kes dibawa ke mahkamah, mereka boleh didenda maksimum RM500,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Wp2Bp4yEuU8[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

Individu Dakwa Disembur Pemadam Api Di Korea

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub Hasrat mencari peluang pekerjaan di Korea Selatan bertukar menjadi pengalaman pahit apabila seorang individu mendakwa dia bersama rakan-rakannya...

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

Bakul Makanan Dikaitkan Dengan Bakal Calon PRN Melaka

27/10/2026
0

Oleh Mynewshub   Video memaparkan seorang lelaki yang dikaitkan dengan status bakal calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bersama bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd