KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada Sabtu selesai menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), kenyataan rasmi Istana Negara mengesahkan.
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, 87 tahun; pada Khamis lepas telah berangkat ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan berkala seperti yang dijadualkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas selesai membentangkan Bajet 2016 di Parlimen petang Jumaat, turut bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menziarahi baginda. – BERNAMA

