• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM5.3b Rancakkan Industri Pertanian

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam usaha meningkatkan sumber bekalan makanan negara, kerajaan memperuntukkan RM5.3 bilion kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menggerakkan aktiviti ekonomi dalam sektor pertanian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha berkenaan akan dikelola menerusi empat program utama meliputi penanaman, menaik taraf infrastruktur, pembukaan pasar tani baharu dan program agroprenur muda.

“RM450 juta diperuntukkan untuk program berimpak tinggi seperti penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran, menyedia geran pemadanan, penyelidikan produk herba dan penternakan ikan dalam sangkar,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Sejumlah RM180 juta pula diperuntukkan untuk menaik taraf infrastuktur saliran di kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu di seluruh negara.

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), yang bertanggungjawab dalam pemasaran produk pertanian, menerima peruntukan RM190 juta bagi menjayakan Program Penurunan Harga dengan menambah 50 lagi pasar tani dan mewujudkan 150 Agrobazaar Rakyat 1 Malaysia (ABR1M) yang baharu.

“40 peratus daripada jualan di ABR1M adalah barang-barang basah seperti ikan, sayur dan sebagainya akan dijual dengan harga yang dianggarkan lima hingga 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran,” kata Najib.

Beliau berkata untuk menggalak penglibatan golongan muda dalam industri itu, RM90 juta diperuntukkan untuk meneruskan pelaksanaan Program Pembangunan Agroprenur Muda.

Dua bentuk bantuan yang akan diberi adalah pemberian geran ‘in-kind’ dan penyediaan Dana Pembiayaan Usahawan.

Selari di bawah usaha ini, beberapa institut dan jabatan kerajaan berkaitan pertanian akan turut melalui proses penjenamaan semula.

Antara yang bakal terlibat adalah Institut Penyeldikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan.

Turut menerima manfaat adalah Projek Ladang Pengganda untuk penternakan lembu dan ladang ayam kampung. – BERNAMA

Tags: Bajet 2016Pertanian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pertanian Di Kawasan Tanah Talian Elektrik TNB Dibenarkan

09/03/2022
0

KUALA LUMPUR - Aktiviti penggunaan tanah termasuk pertanian khususnya tanaman kontan boleh diusahakan di kawasan yang terletak dalam koridor talian...

Jutawan Kongsi Kisah Hampir Gila Dikhianati

11/08/2021
0

KUALA LUMPUR - Usahawan tani ini nyaris gila pada 2011 sebaik syarikat kontraktor yang diusahakan sejak berusia 18 tahun, hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd