Kesian Che Ta, dalam tengah sarat mengandung terpaksa pula mendengar gosip-gosip yang tidak enak mengenai anak sulungnya, Ammar Effendy .
Mesti anda ingat kan baru-baru ini ada gosip mengenai Zain Saidin yang tak kisah anaknya ke kelab malam .

Ekoran itu, Che Ta menerima pelbagai tuduhan dari peminatnya yang kononnya Che Ta terlalu memberi kebebasan dan tidak mengawasi anaknya .
Hah, kali ini Che Ta sendiri memberitahu bahawa cerita mengenai anaknya pernah ke kelab malam adalah fitnah semata-mata oleh pihak-pihak tertentu.
Malah, menurut Che Ta sebagai seorang ibu , Ammar sentiasa meminta izin ke mana sahaja anaknya pergi dan beliau sendiri tidak galakkan anak kesayangannya itu untuk bersosial di kelab-kelab malam.
Rozita Che Wan dalam akaunnya, rozitachewan1 memuat naik gambar ucapan raya di Instagramnya pada malam raya Aidil Adha meluahkan perasaan marahnya dengan sebuah portal hiburan gara-gara dia adalah seorang selebriti ,anaknya juga terpalit dengan gosip.
Menurut petikan Harian Metro, ” apa yang dituduh dalam blog itu satu fitnah melampau. Saya tahu gerak geri anak saya. Saya bukannya pertahankan anak secara melulu tanpa usul periksa” kata Che Ta.
“Saya sendiri mengikuti akaun Instagram dia, jadi saya tahu dimana dia berada dan dengan siapa dia keluar. Lagipun, apa saja dia nak buat, dia akan beritahu saya dulu.” tambah Che Ta.
Sabarlah Che Ta, setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya .Tak gitu?
Apa-apa pun ,Rozita Che Wan bukan sahaja pandai menjaga kecantikan diri malah pandai mendidik anaknya, Ammar hingga berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Tak sabar nak tengok “baby” baru Zain dan Che Ta yang bakal lahir nanti -mynewshub.cc
Oleh : Kakak Bunga