• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Tanah Berhak Bangunkan Tanah Mereka – Mukhriz

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Pemilik tanah di Bukit Perangin, Wang Perah berhak membangunkan tanah mereka selagi ia mengikut segala peraturan yang digariskan kerajaan negeri, kata Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir hari ini.

Menurut Menteri Besar, tanah seluas kira-kira 2,000 hektar di kawasan terbabit telah diberikan kepada Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) untuk dibangunkan menjadi ladang getah.

“Di mana ada tapak tanah yang telah diberi hak milik, jadi pemilik tanah berhak untuk membuat apa yang mereka rancangkan. Jikalau mereka hendak membuat ladang, mereka kena usahakan untuk tujuan tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program SEHATI 2015 anjuran Unit Keusahawanan Sosial MaGIC (Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia) di Dewan Seri Mentaloon hari ini.

Pemilik tanah di kawasan hutan Bukit Perangin itu kata Mukhriz, sedang melaksanakan kerja-kerja pembalakan di tapak tanah itu dalam usaha untuk membersihkan tapak berkenaan menjadi ladang getah.

Mukhriz ditanya tentang ketidakpuasan hati beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) baru-baru ini tentang aktiviti pembalakan di hutan terbabit sehingga menjejaskan perkampungan berhampiran.

Penduduk kampung mendakwa kampung-kampung mereka kerap dilanda banjir akibat aktiviti pembalakan itu, selain menjejaskan sumber air bersih mereka.

Menurut Mukhriz, dalam sidang Dewan Undangan Negeri sebelum ini beliau telah meminta agar kerja-kerja pembalakan di kawasan hutan terbabit mestilah dijalankan mengikut peraturan yang digariskan kerajaan negeri.

“Jangan ada pencemaran atau kerosakan yang akan menjejaskan kampung-kampung di kawasan tersebut. Ini sentiasa kita pantau,” katanya.

SSI menurutnya telah menganugerahkan kontrak untuk membangunkan ladang getah di atas tapak tanah terbabit kepada Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd. – BERNAMA

Tags: KedahMukhriz MahathirTanah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

Pemaju di Selangor Perlu Serah Tanah 1.5 Ekar Untuk Rumah Ibadat Bukan Islam

23/06/2026
0

SHAH ALAM - Pemaju di Selangor dikehendaki menyerahkan sebidang tanah (minimum 1.5 ekar) untuk diwartakan sebagai tanah keagamaan bagi rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd