• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Jangan Panik Insiden Demam Kepialu

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan meminta orang ramai tidak terlalu khuatir dengan kejadian demam kepialu yang sedang berlaku di ibu negara.

Menterinya Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, penyakit itu boleh dicegah dan dirawat dengan mudah.

“Pada masa ini terdapat banyak khabar angin dan pertanyaan berkaitan kejadian demam kepialu di Kuala Lumpur.

“Penyakit ini sedia ada (endemic) di Malaysia dan mempunyai kemudahan diagnosa dan antibiotik untuk mengesan dan merawat kes,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Subramaniam berkata, wabak demam kepialu tersebar melalui makanan dan minuman yang tercemar dengan najis yang mengandungi bakteria Salmonella typhi.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dinasihatkan agar mengutamakan kebersihan dan keselamatan makanan yang diambil.

“Pilihlah kedai atau gerai makan yang bersih. Kebersihan diri (personal hygiene) juga perlu diutamakan khususnya membasuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas.

“Orang ramai adalah dinasihatkan agar membuat pemeriksaan dan rawatan awal di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala demam kepialu,” katanya.

Maklumat berkaitan tifoid boleh diperolehi dari laman sesawang www.myHealth.gov.my dan www.infosihat.gov.my - MYNEWSHUB.CC

Tags: demam kepialuKKM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

EXCO Johor Balas Kenyataan Dr. Rafidah Isu Hospital Pasir Gudang

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Hasrunizah Hassan kurang bersetuju dengan kenyataan Dr. Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd