• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Sarawak Rampas Komputer & Perisian Bernilai RM575,000

oleh Ahmad Albab
22/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak dengan kerjasama petugas Business Software Alliance (BSA) menyerbu dua premis perniagaan di Tabuan Jaya di sini dan merampas beberapa peralatan komputer dan perisian yang disyaki digunakan tanpa lesen, yang menjangkau nilai lebih RM575,000.

Timbalan Pengarahnya Abdul Hafidz A. Rahim berkata dalam serbuan pertama di sebuah syarikat perkilangan (manufacturing) Selasa lalu pihaknya merampas empat komputer peribadi bernilai kira-kira RM12,000 dan 20 perisian pelbagai jenis bernilai dalam lingkungan RM488,000.

Operasi berikutnya pada keesokan hari membabitkan serbuan ke atas sebuah syarikat reka bentuk dalaman di kawasan berhampiran, dan pihaknya merampas tiga komputer peribadi bernilai sekitar RM9,000 dan 20 perisian yang nilainya dianggar RM66,000.

Bercakap pada sidang media di pejabat KPDNKK Sarawak di sini, hari ini beliau berkata pihaknya mengambil keterangan daripada tiga pekerja premis perniagaan terbabit untuk tindakan lanjut, dan antara perisian yang rampas ialah seperti AutoCad, AutoDESK, dan Microsoft.

Abdul Hafidz berkata pihaknya memandang serius kegiatan menggunakan perisian tanpa lesen oleh pelbagai syarikat bagi tujuan perniagaan kerana ia membabitkan soal harta intelek dalam satu industri yang besar.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987, yang boleh membawa hukuman denda antara RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: BSAkomputerKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guna Dana USP Sedia 2 Juta Komputer, Pakej Internet Setahun

27/01/2021
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kerajaan menggunakan dana Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP) bagi...

1.7 Juta Pelajar ‘Miskin Digital’?

23/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini seorang wakil rakyat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah membangkitkan isu ‘miskin digital’, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd