• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maraton Malam BSN Putrajaya Batal Kerana Jerebu

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Maraton Malam BSN Putrajaya (BSNPNM) yang dijadualkan Sabtu ini dibatalkan berikutan kualiti udara yang merosot di sini, umum penganjur acara itu.

Penganjur dalam pengumuman yang dibuat menerusi laman web rasmi www.bsnpnm.com berkata faktor kesihatan dan keselamatan peserta menjadi keutamaan mereka.

“Kami sedia maklum berlari di kawasan terbuka ketika keadaan jerebu adalah tidak digalakkan dan sebab itu mengambil keputusan membatalkan acara ini atas faktor perubatan,” tambah kenyataan tersebut.

Seramai 12,000 peserta dijangka mengambil bahagian di BSNPNM yang mempertandingkan acara maraton penuh (42.2 km), separuh maraton (22.1km), Larian Korporat 10KM dan 5km yang menawarkan hadiah RM89,000.

Penganjur menjelaskan keputusan itu diambil dengan sokongan penaja utama Bank Simpanan Nasional dan rakan acara iaitu Persatuan Olahraga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (FTKLAA) dan Perbadanan Putrajaya.

“Kami mengambil keputusan itu dengan hati yang berat dan sedar kekecewaan yang dirasai peserta yang telah berlatih dengan gigih termasuk yang datang dari jauh,” katanya.

Penganjur juga berkata semua peserta boleh mengambil saguhati yang diberikan untuk perlumbaan di lokasi acara di Persiaran Perdana, Precinct 3, Putrajaya dari pukul 5 petang hingga 10 malam Sabtu ini.

“Bagi mereka yang tidak sempat mengambilnya pada waktu yang ditetapkan, cara alternatif akan diumumkan menerusi Facebook dan laman web rasmi kami,” tambah kenyataan itu.

Menurut penganjur kutipan tabung dari BSNPNM 2015 akan disalurkan ke Jabatan Pediatrik di empat hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Kutipan itu diperoleh dari yuran penyertaan untuk Larian Korporat 10km. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Y69azc7fOkw[/wpdevart_youtube]

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Mahu Dikasihi Rakyat, Dianggap ‘Sivaji The Boss’

PMX Anwar Mahu Dikasihi Rakyat, Dianggap ‘Sivaji The Boss’

23/07/2026
0

PAROI - "Saya nak kasih kepada rakyat dan saya nak rakyat kasih kepada saya" Demikian pengakuan Datuk Seri Anwar Ibrahim...

PMX Anwar Nafi Tohmahan Barua DAP

PMX Anwar Nafi Tohmahan Barua DAP

23/07/2026
0

PAROI - Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas tohmahan barua DAP yang dilontarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd