• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penternak Kerugian Lebih RM100,000, Kambing Rentung Dalam Kebakaran

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sepasang suami isteri kerugian lebih RM100,000 selepas 68 kambing yang diternak mereka rentung dalam kebakaran kandang di Jalan Parit 13, Ayer Deras dekat Teluk Intan, kira-kira 100 kilometer dari sini hari ini.

Zuraida Hamid, 34, berkata kejadian itu disedari pukul 5 pagi oleh seorang penduduk kampung yang melalui kawasan berkenaan selepas melihat api yang sedang marak.

“Saya dan suami bergegas ke kandang yang terletak satu kilometer dari rumah. Kesemua kambing itu rentung dan gagal diselamatkan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Suami Zuraida, Ahmad Jamri Muhammad, 64, telah menternak kambing sejak 30 tahun lepas untuk dijual dengan harga antara RM950 dan RM1,200 seekor.

Sementara itu, Penolong Penguasa Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Aizal Amri Abdul Rahman berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 5.30 pagi tadi.

“Setibanya di tempat kejadian kandang itu telah terbakar hampir 95 peratus. Kebakaran itu menyebabkan 68 kambing rentung,” katanya.

Punca kejadian masih belum diketahui dan sedang disiasat, katanya. – BERNAMA

Tags: kambingPenternak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kambing ‘Santai’ Atas Kabel Elektrik Sambil Kunyah Rumput

Kambing ‘Santai’ Atas Kabel Elektrik Sambil Kunyah Rumput

10/06/2025
0

JAKARTA - Aksi seekor kambing yang berdiri di atas kabel elektrik sambil mengunyah rumput mengundang pelbagai reaksi netizen selepas rakaman...

Mangsa Kebakaran Flat Sri Sabah Dapat Rumah Sementara

MBKT Lelong Lembu, Kambing Tak Dituntut

13/02/2024
0

KUALA TERENGGANU: Dua lembu jantan dan lapan kambing akan dilelong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kerana tidak dituntut selepas disita...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd