• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Akan Wujud Pusat Digital Pantau Ideologi, Propaganda IS

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mewujudkan Pusat Serantau Digital Memerangi Mesej Melalui Komunikasi (RDC3) untuk memerangi penyebaran ideologi dan propaganda kumpulan militan IS menerusi internet.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Amerika Syarikat telah memilih Malaysia susulan komitmennya dalam menangani ancaman keganasan antarabangsa dan kegiatan jenayah rentas sempadan.

“Malaysia dipilih selain UAE (Emiriyah Arab Bersatu) kerana kepercayaan atas komitmen kita terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tangani keganasan.

“Oleh kerana banyak langkah merekrut telah dilakukan melalui sosial media, pusat ini diwujudkan untuk memantau semua pergerakan yang dijangka dilakukan pihak pengganas atau pihak berpotensi lakukan keganasan.

“Dalam hal ini negara ASEAN, Australia, New Zealand dan beberapa negara terdekat akan gunakan pusat ini sebagai pusat rujukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Peralatan Polis Asia 2015 (GPEC 2015) di sini Rabu.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberitahu sebanyak RM500 juta nilai perjanjian pembelian aset dijangka ditandatangani PDRM dan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada persidangan GPEC kali keempat itu.

Katanya, PDRM bukan sahaja memperkuatkan latihan pegawai dan anggotanya, malah perlu juga melengkapkan mereka dengan aset canggih sesuai dengan peredaran semasa.

“PDRM memerlukan peralatan canggih ini untuk memantau dan membanteras keganasan,” katanya.

Sementara itu, mengenai Bajet 2016 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini, Menteri Dalam Negeri itu berkata pihaknya memberi tumpuan pada kemudahan penempatan pasukan polis.

“Kami menjangkakan peruntukan diberikan untuk naik taraf kemudahan penempatan serta membangunkan atau membina kemudahan baharu untuk pasukan polis,” katanya. – BERNAMA

Tags: MilitanZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

3 Realiti Utama Politik Negara Perlu Dihadapi UMNO – Zahid

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tiga realiti utama perlu dihadapi UMNO berdasarkan hakikat dan cabaran dihadapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd