• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12,829 Notis Peringatan Dikeluarkan Kepada Penghuni Tidak Asing Sisa Pepejal

oleh Ahmad Albab
21/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12,829 notis peringatan telah dikeluarkan kepada penghuni premis yang tidak mengasingkan sisa pepejal yang boleh dikitar semula setakat 30 Sept lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata langkah itu bertujuan mendidik masyarakat selain memupuk budaya kitar semula bagi merealisasikan hasrat kerajaan mencapai sasaran 22 peratus kadar kitar semula negara menjelang 2020.

“Kita akan laksanakan (notis peringatan) secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran awam untuk mengasingkan sisa pepejal sebelum tindakan lebih tegas akan diambil pada masa akan datang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ir Shaharuddin Ismail (BN-Kangar) yang meminta kerajaan menyatakan sambutan terhadap undang-undang pengasingan sisa pepejal yang dijalankan sejak September lepas.

Inisiatif pengasingan sisa buangan, yang tertakluk di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dilaksanakan di Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah bermula 1 Sept lepas.

Abdul Rahman berkata walaupun pelaksanaan pengasingan sisa pepejal hanya dilaksanakan secara mandatori di negeri-negeri terbabit, kementerian menjalankan kempen di peringkat nasional untuk menggalakkan penduduk di negeri-negeri lain menjayakan inisiatif yang baik itu.

Katanya pelaksanaan pengasingan sisa pepejal merangkumi tiga fasa iaitu pendedahan, pendidikan dan penguatkuasaan.

“Promosi yang berterusan dijalankan menerusi media konvensional seperti surat khabar, televisyen dan radio. Juga di media digital seperti Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube bagi memperkasa kefahaman orang ramai selain menjadikan budaya pengasingan sisa pepejal sebagai suatu budaya hidup,” katanya.

Sehingga bulan ini katanya, risalah mengenai program pengasingan sisa pepejal telah diedarkan kepada dua juta premis di negeri-negeri terlibat.

Abdul Rahman berkata walaupun pelaksanaan program itu baru memasuki fasa kedua, namun barangan kitar semula yang telah dikutip syarikat konsesi telah mencapai 100 tan.

“Ini petanda positif menunjukkan masyarakat telah membudayakan pengasingan sisa di kediaman dan secara langsung dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal dilupuskan di tapak pelupusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dewan RakyatSampah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mengarahkan pembatalan sambutan Hari Peneroka FELDA Johor pada...

Ahli Parlimen Arau Bidas Jawapan PM: “Pertanyaan Tentang Pengumuman, Bukan Bila Kelulusan”

Ahli Parlimen Arau Bidas Jawapan PM: “Pertanyaan Tentang Pengumuman, Bukan Bila Kelulusan”

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd