• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Muktamad Tiada Bas Ekspres Di Pudu Sentral 1 November

oleh
20/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUKTAMAD. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan perpindahan operasi bas ekspres koridor utara dari Pudu Sentral ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) berkuat kuasa pada 1 November 2015.

Ini merangkumi semua perjalanan jarak jauh ke empat buah negeri wilayah utara Semenanjung Malaysia iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, kata kenyataan media oleh suruhanjaya tersebut pada Selasa.

Keputusan dilakukan selepas perbincangan bersama pihak berkepentingan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan semua syarikat pengendali bas yang terlibat.

Selain daripada menawarkan keselamatan dan keselesaan yang lebih baik, perpindahan operasi ke TBS di Bandar Tasik Selatan di pinggir ibu negara akan dapat mengekang aktiviti ‘ulat tiket’ yang berleluasa di Pudu Sentral.

Dengan perpindahan ini, sebanyak 545 dari 635 bas ekspres koridor utara yang selama ini beroperasi di Pudu Sentral yang dahulu dikenali sebagai Puduraya; akan dialihkan daripada pusat bandar raya Kuala Lumpur.

Baca: Operasi Bas Ekspres Di Pudu Sentral Tamat Hujung Tahun Ini

Ini membantu mengurangkan kesesakan teruk yang dialami oleh pengguna di kawasan sekitar Pudu Sentral dan dalam jangka masa panjang mampu menangani trafik yang masuk ke daerah pusat perniagaan dalam bandar raya.

TBS ujar kenyataan SPAD, ada kemampuan bagi menampung operasi bas ekspres menghala ke utara secara cekap dan teratur kerana ia mempunyai kemudahan terkini dan saling hubung yang lebih baik ke pusat bandar.

Secara tidak langsung, menerusi perpindahan ini, terminal bas ekspres terbesar itu kini lengkap dengan pelbagai mod pengangkutan awam di dalam satu lokasi seperti LRT, KTM Komuter, KLIA Transit dan perkhidmatan teksi.

TBS turut dilengkapi dengan paparan maklumat elektronik yang menyenarai kedatangan dan pelepasan bas serta mempunyai sistem tiket berpusat. Ini menyokong polisi toleransi sifar terhadap kegiatan haram ‘ulat tiket’.

Bagaimanapun, Pudu Sentral hanya akan terus digunakan sebagai terminal bas ekspres jarak dekat serta operasi bas henti-henti; ini termasuk perjalanan daripada Pudu Sentral ke Tanjung Malim, KLIA 1, KLIA2 dan Seremban.

Pudu Sentral juga akan memainkan peranan penting sebagai Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menyediakan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan dan sektor swasta kepada rakyat lengkap bawah satu bumbung.

Untuk maklumat lanjut sila layari www.spad.gov.my atau hubungi Hotline SPAD di 1-800-88-SPAD (7723). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Pudu SentralSPADTBSUTC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GTSM Dakwa Wujud Unsur Rasuah Dalam SPAD

28/05/2022
0

SHAH ALAM - Gabungan Teksi Malaysia (GTSM) mendakwa wujud unsur rasuah yang dilakukan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat...

Kaunter UTC Beroperasi Hingga Jam 10 Malam Atasi Kesesakan Kaunter Imigresen

23/05/2022
0

KUALA LUMPUR: Semua Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan beroperasi sehingga jam 10 malam mulai Rabu ini, kecuali UTC...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd