• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Badan Bebas Dilantik Nilai Keadaan LPT2 – Fadillah Yusof

oleh Ahmad Albab
20/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Satu badan penilai bebas sudah dilantik untuk membuat penilaian keadaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang laporan awalnya dijangka siap minggu depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah untuk melantik badan penilai bebas tersebut bagi menilai semula permukaan lebuh raya itu sama ada ia mematuhi kadar kelicinan yang ditetapkan.

“Badan itu juga akan mengaudit tahap keselamatan berhubung belokan dan permukaan lebuh raya yang mungkin tidak rata.

“Ia juga akan membuat profil jalan sama ada berlaku mendapan yang menyebabkan jalan tidak rata yang boleh mendedahkan bahaya kepada pengguna jalan raya, katanya kepada pemberita pada Konvensyen Antarabangsa Ukur Bahan 2015 di sini hari ini.

Beliau berkata sebaik mendapat laporan awal, langkah mitigasi termasuk menurap semula jalan atau memperbaiki lencongan akan diambil dengan segera.

Fadillah diminta mengulas mengenai keadaan LPT2 yang banyak merekod jumlah kemalangan yang mengorbankan nyawa.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, LPT2 sejauh 184 kilometer itu dari Jabor, Kemaman ke Gemuruh, Kuala Nerus mencatat 1,989 kes kemalangan dan meragut 85 nyawa sejak beroperasi pada Januari 2011.

Sementara pada Rabu lepas, enam sekeluarga yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Kuantan maut dalam kemalangan di lebuh raya berkenaan dan seorang penunggang motosikal pula maut semalam.

Fadillah menasihatkan pengguna LPT2 supaya berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan dan had kelajuan yang ditetapkan ketika mengguna laluan itu.

“Kalau mengikut segala garis panduan dan tatacara pemanduan berhemah, Insya-Allah semua akan selamat di jalan raya,” katanya.

Beliau berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan JKR juga diarahkan supaya menempatkan lebih banyak papan tanda amaran di lokasi berisiko berlaku kemalangan.

“Ini adalah tindakan segera yang diambil bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya berkenaan,” kata Fadillah.

Beliau berkata punca kemalangan di kebanyakan lebuh raya dalam negara adalah berpunca daripada kecuaian manusia, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik dan keadaan jalan yang tidak selamat. – BERNAMA

Tags: Fadillah YusofLPT2
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

Jangan Buat Andaian Rundingan Gas PETRONAS-PETROS – Fadillah

17/03/2025
0

KUCHING: Pihak yang tidak terlibat dalam rundingan di antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung pengedaran...

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

Beruang Berguling Kesakitan Selepas Dilanggar Di LPT2

04/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Seekor beruang berguling kesakitan di atas jalan dipercayai selepas dilanggar dalam kejadian di Kilometer (km) 422, Lebuhraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd