• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-undang Khas Bagi Lindungi Pemetaan Utiliti Negara

oleh Ahmad Albab
20/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mewujudkan undang-undang khas bagi melindungi keselamatan pemetaan utiliti negara daripada sebarang konflik pada masa hadapan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) diberi mandat menguruskan penyimpanan maklumat utiliti secara bersepadu bagi seluruh negara yang diperoleh daripada agensi-agensi pemilik utiliti atau agensi penyelaras utiliti di peringkat negeri.

“Peta utiliti yang diperolehi pihak kerajaan tidak boleh didedah begitu sahaja kerana ada implikasi keselamatan khususnya dalam masa konflik antara kita dengan pihak lain.

“Oleh itu ia mesti disimpan dengan cara tertentu dan perlu dibuat sebagai dokumen terhad yang dilindungi oleh undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 30 graduan sempena kali ketiga Konvokesyen Persijilan pengesanan Utiliti Bawah Tanah dan Pemetaan di sini, hari ini.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dengan kerjasama Lembaga Juruukur Tanah (LJT) dan JUPEM.

Wan Junaidi berkata pelaksanaan tersebut memerlukan sumber kewangan yang mencukupi daripada kerajaan serta satu garis panduan perlu diwujudkan bagi agensi yang dipertanggugjawabkan untuk menjaga maklumat sulit itu.

Sebelum itu, semasa berucap pada majlis itu, beliau berkata maklumat utiliti bawah tanah seperti paip air, kabel elektrik, talian telefon dan paip gas merupakan utiliti yang diperlukan dalam semua projek pembangunan lama dan baharu seperti projek perumahan, perindustrian dan perusahaan.

Oleh yang demikian, maklumat mengenai utiliti bawah tanah itu perlu direkod dan disimpan oleh JUPEM bagi tujuan rujukan masa hadapan, katanya.

“Maklumat-maklumat yang dibekalkan ini boleh dirujuk dan dikongsi bersama oleh pihak-pihak berkepentingan dalam melaksanakan sebarang pembangunan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Wan Junaidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

Syor Benar Pecat, Dakwa PM Dibahas – Wan Junaidi

11/07/2023
0

PETALING JAYA - Satu peraturan Dewan Rakyat perlu digubal untuk membenarkan usul mendakwa dan memecat Perdana Menteri boleh dibahaskan ahli...

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

Wan Junaidi Sedia Galas Jawatan Yang Dipertua Dewan Negara

16/06/2023
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyatakan kesediaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd