• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tinggi Rujuk Kes Khairuddin & Chang Ke Mahkamah Persekutuan

oleh Ahmad Albab
19/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini merujuk kes bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh ke Mahkamah Persekutuan bagi memastikan sama ada pertuduhan yang mereka hadapi boleh dibicarakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) Akta 2012 (SOSMA).

Hakim Datuk Mohd Azman Husin berkata mahkamah akan mengemukakan tiga persoalan berhubung isu perlembagaan ke mahkamah tertinggi negara tidak lama lagi, antara lain, adakah tuduhan terhadap tertuduh sebagaimana yang dikemukakan di mahkamah ini mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan, di luar lingkungan perlembagaan SOSMA?

“Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah ya, adakah tertuduh mempunyai hak untuk dibebaskan dengan ikat jamin dengan serta-merta?

“Jika jawapan kepada persoalan pertama adalah tidak, haruskah perbicaraan terhadap kedua-dua tertuduh dijalankan di Mahkamah Sesyen mengambil kira peruntukan hukuman tertakluk di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan?,” katanya.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan peguam Mohamed Hanif Khatri Abdulla dan Zainur Zakaria yang mewakili Khairuddin dan Chang serta Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud dan Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Pada 13 Okt, Khairuddin dan Chang memfailkan notis usul mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, di Mahkamah Tinggi memohon beberapa perintah antaranya pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan tidak tergolong sebagai pertuduhan untuk dibicarakan mengikut SOSMA dan sehubungan itu memohon mahkamah melepaskan mereka dengan jaminan berpatutan.

Khairuddin, 53, dan Chang, 65, didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun ini.

Lokasi berkenaan adalah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai polis Charing Cross, London, United Kingdom, Pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai polis WaiChan, Hongkong dan Ibu Pejabat Polis Cantonment, Singapura. – BERNAMA

Tags: Khairuddin Abu Hassanmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd