• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Mangsa `Kepala Air’ Di Sg Chiling Selamat

oleh Ahmad Albab
19/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kesemua 14 mangsa yang terperangkap dalam insiden kepala air ketika berada di kawasan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu dekat sini malam tadi, berjaya diselamatkan awal pagi tadi.

Kesemua mereka berusia lingkungan 20-an itu terdiri daripada 12 lelaki dan dua wanita, telah dibawa turun ke Pos Kawalan Bomba dan Penyelamat Sungai Chiling pada kira-kira 2 pagi tadi.

Penolong Penguasa Bomba Kuala Kubu Bharu Kamil Hamadan berkata mereka terdiri daripada dua kumpulan pengunjung warga tempatan yang dikatakan melakukan aktiviti mendaki bukit di lokasi itu ketika kejadian berlaku.

“Kedua-dua kumpulan itu ditemui di tepi sungai berhampiran kawasan Lintasan 6 sungai berkenaan pada pukul 1 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya.

Menurut Kamil sebanyak 19 anggota bomba terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa sebaik menerima panggilan mengenai mangsa yang terperangkap di pusat rekreasi itu, pada 7 malam tadi.

Dalam operasi SAR malam tadi, sebanyak tujuh pengunjung warga Pakistan diselamatkan pada 10.45 malam. – BERNAMA

Tags: BombaPelancong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

Raja Permaisuri Agong Mengingatkan Rakyat Malaysia Sentiasa Memelihara Adab Di Dalam Atau Luar Negara

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah mengingatkan rakyat Malaysia sentiasa menitikberatkan kepentingan memelihara adab dan nilai menghormati...

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

MOTAC Rancang Anjur China GT Championship Di Malaysia Tarik Pelancong

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) merancang untuk menganjurkan China GT Championship di Malaysia bagi merancakkan sektor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd