• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Maut Motosikal Langgar Kerbau

oleh Ahmad Albab
19/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar kerbau di Jalan Selama-Sungai Siputeh, Kampung Banggol Jas dekat Selama, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Selama DSP Loo Lian Lay berkata mangsa Hisyam Abdul Rahim, 25, dari Simpang Tiga, Sungai Bayor, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku pada pukul 12.05 tengah malam.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Sungai Bayor ke Selama. Sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah melanggar seekor kerbau yang sedang melintas jalan.

“Mangsa tidak sempat menghentikan motosikalnya ketika kerbau itu melintas di hadapannya lalu mangsa jatuh di atas jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala kerana dipercayai tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Loo berkata mayat dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau juga menasihati penduduk di sekitar kawasan itu yang memelihara binatang peliharaan agar tidak membiarkan ternakan itu berkeliaran di jalan raya hingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd