• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Real Harus Lebih Mantap Lagi – Ronaldo

oleh Ahmad Albab
06/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MADRID – “Real Madrid masih perlu meningkatkan lagi kemajuan,” kata Cristiano Ronaldo selepas tampil merakamkan hatrik membantu pasukan membelasah Athletic Bilbao 5-0, hari ini.

Penyerang prolifik berusia 29 tahun itu menambah: “Pasukan ini bermain hebat dan menyumbat lima gol tanpa dibolosi. Kami amat berpuas hati.”

Ronaldo kini sudah menjaringkan 13 gol daripada enam penampilan dalam la Liga, musim ini dan juga hatrik ketiga dalam kempen kali ini.

Dia juga kini sudah menyamai rekod 22 hatrik bersama legenda, Alfredo Di Stefano dan Telmo Zarra.

Real menang menerusi gol Ronaldo pada minit ke-2,55,88 manakala Karim Benzema menjaringkan gol minit ke-41 dan 69.

Kemenangan ini melonjakkan Real di atas Atletico Madrid ke tangga keempat dengan 15 mata selepas juara bertahan itu kecundang 1-3 kepada Valencia, Sabtu lalu.

Barcelona kini mendahului dengan 19 mata dan muncul pasukan pertama untuk mengelak gawang dibolosi daripada tujuh perlawanan La Liga selepas menambah kemenangan 2-0 ke atas Rayo Vallecano, Sabtu lalu. – Agensi

Tags: Ronaldo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Gugur Dakwaan Rogol Ronaldo

12/06/2022
0

LOS ANGELES : Mahkamah Amerika Syarikat menggugurkan dakwaan kes rogol terhadap Cristiano Ronaldo oleh bekas model dan guru, Kathryn Mayorga....

Neymar, Ronaldo Jadi Buruan Pelbagai Jenama

11/12/2018
0

SEPERTI selebriti, pemain bola sepak juga tidak terlepas dari bahang populariti sehingga mereka menjadi pujaan ramai peminat. Malah, populairiti yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd