• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Pemimpin UMNO Johor Akan Sertai PKR

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiada pemimpin UMNO Johor dijangka meninggalkan parti itu untuk menyertai PKR, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menteri Besar Johor itu berkata pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai perkara tersebut dan yakin tiada pemimpin yang melakukannya.

“Yang saya tahu, tidak ada…saya tidak ada terima apa-apa maklumat. Mungkin politik ini suka gembar-gemburkan sebegitu dan kadang-kadang tiada pun hal itu tetapi mereka (pembangkang) sengaja mahu dapatkan publisiti dan sebagainya,” katanya.

Mohamed Khaled berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) Kampung Kuala Masai, di sini, hari ini.

Semalam, PKR Johor mendedahkan beberapa lagi pemimpin dalam UMNO dijangka bakal menyertai parti itu dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada waktu bersesuaian.

Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim menerusi sebuah akhbar tempatan dilaporkan berkata parti itu sedang merisik beberapa tokoh pemimpin dalam UMNO untuk menyertai parti tersebut.

Menurut Mohamed Khaled beliau percaya pemimpin dan anggota UMNO negeri ini masih berpegang teguh kepada prinsip parti walaupun ada yang berasa kecewa ataupun marah.

“Kecewa, marah, tidak puas hati memang ada tetapi tidaklah sampai ‘marahkan nyamuk, kelambu dibakar’.

“Soalnya sekarang, kita perlu lihat kepada institusi dan bukannya orang kerana institusi mesti kekal…orang datang dan pergi atas macam-macam sebab seperti kecewa atau sebagainya,” katanya.

Merujuk kepada tindakan bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah yang kini menyertai PKR, Mohamed Khaled yang pernah menjawat Menteri Pengajian Tinggi berkata ia tidak merugikan UMNO.

Menurut Mohamed Khaled, beliau sangat mengenali keperibadian Saifuddin yang ketika itu menjadi Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan tidak hairan dengan tindakannya yang meninggalkan UMNO. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]Z5t81LPPepM[/wpdevart_youtube]

Tags: Khaled Nordin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

Dua Kapal Tentera Laut AS Singgah Pulau Pinang Atas Urusan Logistik – Mohamed Khaled

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Kehadiran dua kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), USS Santa Barbara (LCS 32) dan USS...

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

“Bumi Mana Tidak Ditumpahi Hujan, Kembalilah Ke Pangkuan UMNO” – Khaled Nordin

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memujuk semua individu yang pernah bersama parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd