• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shah Rukh Terima Gelaran Doktor Kehormat Universiti Edinburgh

oleh AK-47
20/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

BINTANG Bollywood terkenal, Datuk Shah Rukh Khan sekali lagi melakar sejarah apabila dikurniakan gelaran doktor kehormat dari University of Edinburgh, Scotland pada Khamis lalu.

Anugerah tersebut dikurniakan atas sumbangan hebat Shah Rukh, 49 tahun, dalam dunia perfileman antarabangsa selain kerja-kerja amal yang pernah dilaksanakannya sebelum ini.

3bd0b75f288dd20fb0dd3ac1a050e9fe shahrukhkhandoctorate

Antaranya, membintangi lebih daripada 80 buah filem Bollywood termasuk kerja amal membawa tenaga solar ke kampung-kampung luar bandar di India.

Selain itu, Shah Rukh turut mewujudkan wad kanak-kanak di sebuah hospital di Mumbai dan menyokong dana untuk membantu kawasan yang dilanda bencana alam tsunami pada tahun 2004.

Sumbangan ini sekali gus melayakkan aktor kacak kelahiran India ini menerima ijazah kehormat Honoris Kausa iaitu gelaran yang diberikan sebagai suatu penghormatan (tanpa perlu membuat tesis).

Shah Rukh Khan berkata, pengikitrafan yang diterima dari University of Edinburgh memberi inspirasi buat dirinya untuk sentiasa bekerja lebih keras.

shah-rukh-khan-edinburgh-759

“Saya amat berterima kasih dengan pengiktirafan yang diberikan oleh University of Edinburgh dan semestinya penganugerahan ini memberi sumber inspirasi untuk saya bekerja lebih keras.

“Ia adalah pengalaman yang menyeronokkan untuk diberi penghormatan oleh University of Edinburgh dan mengikuti jejak langkah pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh di dunia. Diberi perhatian oleh salah sebuah pendidikan yang paling dihormati di dunia adalah sesuatu yang istimewa.

“Saya mengalu-alukan pihak universiti untuk terus memberi laluan dan kerjasama dengan negara India bagi menangani masalah kesihatan, akademik dan penyelidikan kecemerlangan dan keadilan sosial.

“Saya berharap ramai lagi rakyat India berpeluang untuk belajar, berfikir dan berkembang di Edinburgh,” kata Shah Rukh selepas menerima anugerah itu.

Pada tahun lalu, pelakon Kuch Kuch Hota Hai (1998) juga turut menerima penghargaan besar iaitu darjat Knight of the Legion of Honor dari kerajaan Perancis di atas usahanya menyatukan perbezaan kebudayaan di seluruh dunia.

Shah Rukh juga merupakan satu-satunya artis Bollywood yang pertama dianugerah gelaran Datuk oleh pemerintah Malaysia pada tahun 2008. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=GlEx2ZiA18g]

Tags: Shah Rukh Khan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

Shah Rukh Khan Dikejarkan Ke Hospital Akibat Strok Haba

23/05/2024
0

NEW DELHI - Aktor tersohor Bollywood, Shah Rukh Khan, 59, dikejarkan ke Hospital Ahmedabad, Gujarat, India akibat strok haba dan...

Shah Rukh Khan Ke Penjara Sambut Pembebasan Anak

02/11/2021
0

MUMBAI - Kesesakan trafik luar biasa berlaku di sekitar kawasan Penjara Arthur Road di Mumbai, India hari ini berikutan pembebasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd