• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKMM Kaji Internet Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Mampu Dimiliki

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) sedang mengkaji untuk menyediakan Internet jalur lebar berkelajuan lebih tinggi yang mampu dimiliki, kata menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pakej permulaan bagi jalur lebar tetap yang ditawarkan oleh Telekom Malaysia (TM) bermula pada 386 kilobit sesaat (kbps) telah dilanggan oleh 71 peratus rakyat Malaysia.

“Sungguhpun kini terdapat pakej dengan kelajuan lebih tinggi, seperti yang ditawarkan oleh Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), 87 peratus daripada pelanggan memilih pakej 5Mps (megabit sesaat), dengan hampir tidak ada orang memilih pakej kelajuan melebihi 30 dan 50 MPS,” katanya.

Salleh berkata sebaik infrastruktur itu dapat menampung keperluan, “kami mungkin mempertimbangkan untuk menukar pakej permulaan bagi kelajuan lebih tinggi tanpa sebarang peningkatan kos yang besar untuk mengekalkan kemampuan dan pada masa sama menawarkan kelajuan lebih tinggi.

“Kementerian saya sedang mengkaji butirannya,” kata beliau dalam blognya sskeruak.blogspot.my di sini hari ini.

Salleh berkata kerajaan juga sedang berusaha untuk menaik taraf akses internet kepada lebih ramai pengguna di kawasan luar bandar, termasuk kawasan pedalaman dan pulau di Sabah serta Sarawak, bukan hanya untuk dinikmati oleh masyarakat di bandar.

“Saya telah meminta kementerian saya supaya memberi penekanan khas dan tumpuan terhadap pembangunan prasarana untuk memperluaskan penembusan Internet dan liputan di seluruh Malaysia,” katanya.

Salleh berkata kerajaan mahu memastikan menjelang 2020 sekurang-kurangnya 95 peratus daripada rakyat Malaysia akan mempunyai akses kepada Internet dan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan bandar serta 20 peratus daripada kawasan luar bandar mempunyai kelajuan jalur lebar kira-kira 100 Megabit sesaat. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]va3xiMwWDic[/wpdevart_youtube]

Tags: Salleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Keruak Tenang, Akur Keputusan PRU14

11/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai sesuatu ‘yang...

Berita Palsu: Salleh Bidas Sandiwara Pembangkang

04/02/2018
0

INI fakta…soal penyebaran berita palsu ini bukan hanya merisaukan mereka daripada parti pemerintah tetapi juga mereka daripada parti pembangkang. Lihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd