SEOUL – Jang Hyun-soo – kapten Korea Selatan yang membimbing pasukan memenangi pingat emas Sukan Asia di Incheon, disenaraikan dalam skuad utama, hari ini untuk perlawanan persahabatan menentang Paraguay dan Costa Rica.
Jaguh baharu benua itu akan menentang pasukan dari Amerika Selatan itu, Jumaat ini di Cheonan dan kemudian Costa Rica – pasukan yang layak ke suku akhir Piala dunia – pada Selesa depan di Seoul.
Perlawanan ini juga akan menjadi ujian pertama kepada jurulatih baharu, Uli Stielike.
Bekas pemain antarabangsa Jerman itu yang dilantik, bulan lalu menamakan skuad 22 pemain, minggu lalu sebelum menyelitkan Jang, Han Kyo-won dari Jeonbuk Motors dan penyerang yang berpangkalan di Qatar, Jo Yeong-cheol, semalam.
Korea Selatan kini jatuh ke ranking 63 dunia selepas aksi hambar dalam Piala Dunia 2014 di Brazil.
Tugasan pertama Stielike adalah Piala Asia di Australia, Januari ini. Juara dua kali itu akan memburu gelaran pertama sejak 54 tahun. – Reuters