• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Spurs Sedang Meniti Landasan Tepat – Pochettino

oleh Ahmad Albab
06/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Mauricio Pochettino percaya Tottenham Hotspur secara perlahan sedang membuat kemajuan ketika dia dan kakitangannya mengubah corak permainan dipersembahkan kelab itu sejak beberapa musim lalu.

“Kami sedang melihat kemajuan. Kami menunjukkan ada sesuatu istimewa sudah bermula,” katanya selepas Spurs menewaskan bekas pasukannya, Southampton 1-0 di White Hart Lane.

Dia menambah: “Kami mula hidup seperti satu pasukan, Kami sedang meningkat dari segi persembahan kebelakangan ini.”

Spurs menunjukkan kualiti pertahanan yang baik ketika seri 1-1 menentang Arsenal, minggu lalu tetapi nampak lebih kuat, semalam dengan mengekalkan rekod bersih tanpa dibolosi menentang Southampton.

Pelawat melepaskan peluang terbaik untuk pulang berbekal keputusan seri apabila Sadio Mane gagal menolak masuk ketika hanya penjaga gol, Hugo Lloris perlu ditewaskan, enam minit sebelum tamat permainan.

“Ia satu perlawanan beremosi untuk saya,” kata Pochettino.

“Saya cintakan Southampton dan orang di Southampton. Ia satu tempoh hebat dalam 18 bulan untuk saya dan keluarga saya. Ia suatu keputusan amat sukar dibuat untuk meninggalkan mereka.”

Spurs mengesahkan kemenangan menerusi jaringan Christian Eriksen pada minit ke-60 yang melonjakkan kelab berkenaan ke tangga keenam liga.- Reuters

Tags: Tottenham Hotspur
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jose Mourinho Pengurus Baharu Tottenham Hotspur

20/11/2019
0

BEKAS pengendali Manchester United, Jose Mourinho dilantik pengurus baharu Tottenham Hotspur menggantikan Mouricio Pochettino, yang dipecat berikutan prestasi hambar kelab...

Spurs Lakar Kebangkitan Sensasi Singkir Ajax

09/05/2019
0

AMSTERDAM - Sehari selepas Liverpool melakar kebangkitan hebat dalam separuh akhir Liga Juara-Juara, hari ini giliran Tottenham mempamer aksi menakjubkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd