• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

46 Stesen Pemancar Di Labuan Dinaik Taraf Kepada LTE – Salleh

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LABUAN – Sebanyak 46 stesen pemancar telekomunikasi akan dinaik taraf kepada evolusi jangka panjang (LTE) bagi membolehkan kelajuan penembusan jalur lebar di pulau bebas cukai ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said Keruak berkata pelaksanaan kerja-kerja naik taraf itu sedang rancak dijalankan dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun ini.

Beliau berkata selain itu, 12 stesen pemancar baharu turut dibina di bawah perancangan komersil syarikat pemberi perkhidmatan telekomunikasi Celcom, DiGi dan Maxis yang dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun depan.

“Ini adalah usaha kerajaan dalam memastikan setiap pelosok tanah air mendapat liputan dan kelajuan kemudahan Internet, selain ia penting dalam menarik pelaburan selari dengan status Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa serta minyak dan gas.

“Saya akan memberi perhatian khusus kepada Labuan,” katanya ketika merasmikan Hari Anugerah Inovasi 2015 di sini, hari ini.

Salleh berkata sebanyak 2,952 port baharu akan diwujudkan melalui program Fasa 2 Jalur Lebar Kelajuan Tinggi (HSBB) dan 2,496 port baharu di bawah program Jalur Lebar Pinggir Bandar (SUBB).

“Penduduk Labuan bakal menikmati perkhidmatan UniFi yang menawarkan kelajuan jalur lebar bermula 5Mbps sehingga 100Mbps. Pelaksanaan projek oleh Telekom Malaysia Bhd. ini telah dimulakan dan dijangka siap pada tahun 2017,” katanya.

Beliau berkata kadar penembusan jalur lebar di Labuan telah mencapai 76.1 peratus pada suku kedua tahun ini. – BERNAMA

Tags: internetLTESalleh KeruakTelekomunikasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

RM100 Juta Pastikan Capaian Internet Sekolah Luar Bandar

18/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi memastikan capaian internet di sekolah desa dan pedalaman. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd