• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Bintang Real Madrid Raúl Umum Bakal Bersara

oleh
16/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYERANG New York Cosmos, Raúl telah mengumumkan beliau akan bersara selepas berakhirnya musim ini, setelah menamatkan kerjaya profesionalnya selama 21 tahun yang boleh dianggap antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak Sepanyol.

Penyerang berusia 38 tahun ini, meninggalkan Madrid pada tahun 2010 sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa kelab itu, kemudiannya beraksi dengan kelab Jerman FC Schalke 04 dan Qatar Al-Sadd SC sebelum menyertai Cosmos dalam saingan Liga Bola Sepak Amerika Utara, Disember lalu namun membuat keputusan untuk bersara sebaik sahaja tamat musim pertamanya.

“Saya ada memberitahu akan menilai sejauh mana prestasi dan tahap yang terbaik yang boleh saya pamerkan ketika menandatangani kontrak dengan New York Cosmos Disember lalu.

“Saya membuat keputusan untuk bersara sebaik sahaja berakhirnya musim ini. Sebelum itu, saya telah memberi fokus sepenuhnya dalam membantu New York Cosmos memenangi Kejuaraan NASL.

“I am fully focused on finishing the season strong and helping the @NYCosmos win the #NASL Championship.” -Raúl pic.twitter.com/t3rHu0tqJn — NASL (@naslofficial) October 15, 2015

“Beberapa bulan lagi saya akan beritahu perancangan seterusnya dalam karier ini.

“Bola sepak adalah sebahagian daripada hidup saya dan keputusan untuk bersara ini bukanlah mudah, tetapi saya percaya inilah masa yang paling sesuai.

“Saya berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan sepanjang karier saya dan teruja untuk beraksi dalam perlawanan terakhir bersama New York Cosmos dalam tempoh terdekat ini,” jelas Raúl.

Bekas kapten Sepanyol dan Real Madrid ini melalui zaman kegemilangan sepanjang 16 tahun bersama Real Madrid yang menyaksikan pasukannya meraih 16 trofi; tiga Piala Liga Juara-Juara, dua Piala Intercontinental, satu Piala Super Eropah, enam gelaran juara La Liga dan empat Piala Super Sepanyol.

Malah Raúl turut mencatat 44 gol dalam 102 penampilannya bersama Sepanyol. – MYNEWSHUB.CC

Tags: RaúlReal Madrid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

Ronaldo Bakal Kembali Ke Real Madrid

03/05/2023
0

RIYADH – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan kelab Arab Saudi, Al-Nassr dan dilaporkan bakal kembali ke Real...

Real Madrid Aibkan Liverpool

07/04/2021
0

ANKARA - Kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid meraih kelebihan dalam perlawanan pertama suku akhir Liga Juara-juara Eropah UEFA apabila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd