• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 200 Permohonan Skim Perumahan Belia Diluluskan – Chua

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lebih 200 daripada kira-kira 500 permohonan yang diterima bagi Skim Perumahan Belia telah diluluskan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong.

“Pasangan belia berkahwin digalak memohon (skim ini), yang menawarkan pelbagai kelebihan berbanding skim atau program perumahan lain yang ditawarkan oleh kerajaan,” katanya, sambil menambah skim itu memberi kemudahan kepada pasangan muda untuk memiliki harta kediaman pertama mereka.

Bercakap pada sidang media di sini, hari ini, Chua berkata kelulusan pembiayaan berjumlah RM1 bilion disasarkan menjelang akhir tahun ini dengan tawaran pinjawan dibuka terhad kepada 20,000 pemohon yang layak.

Beliau berkata, Bank Simpanan Nasional (BSN) yang mempunyai 401 cawangan di seluruh negara adalah bank tunggal yang dilantik untuk melaksanakan skim tersebut.

Sehingga 30 September ini, sebanyak 273 pinjaman telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan RM69.25 juta sejak ia mula diperkenalkan pada Julai lalu.

Antara kelebihan skim tersebut adalah pembeli tidak perlu menyediakan deposit yang biasanya menjadi halangan dalam kalangan pembeli untuk memiliki rumah kerana skim berkenaan menyediakan pembiayaan penuh.

Chua berkata kerajaan juga menyediakan jaminan pinjaman sebanyak 10 peratus bagi membolehkan peminjam mendapat pembiayaan penuh termasuk kos insuran.

“Kita juga memberi pengecualian 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman juga diberikan, ini semua adalah untuk mengurangkan kos pertama yang ditanggung oleh pembeli rumah,” katanya.

Menurutnya, tawaran itu terbuka kepada pasangan berkahwin berumur 25 tahun hingga 40 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan dan tempoh pembiayaan maksimum sehingga 35 tahun atau umur 65 tahun.

“Skim ini juga tidak terhad kepada mana-mana jenis perumahan yang berharga lingkungan di antara RM100,000 dan tidak melebihi RM500,000,” katanya.

Selain itu, kata Chua, kerajaan turut membantu mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman perumahan dengan memberikan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh dua tahun pertama.

Dengan peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM96 juta, Skim Perumahan Belia tersebut merupakan perkongsian pintar antara kerajaan dengan BSN, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perbadanan Gadai Janji Nasional (Cagamas Bhd.).

Beliau berkata, peminjam juga boleh mengeluarkan wang daripada Akaun 2 KWSP mereka untuk menampung pembiayaan ansuran bulanan dan kos lain yang berkaitan. – BERNAMA

Tags: Datuk Chua Tee YongRumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

Rakyat Disaran Tanam Sayur Sendiri Hadapi Impak Global

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diseru menanam sendiri sayur-sayuran bagi menangani impak rantaian bekalan makanan global akibat konflik di Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd