• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lagi Jemaah Haji Meninggal Dunia – Jamil Khir

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAKKAH – Dua lagi jemaah haji meninggal dunia di Mina,  menjadikan jumlah kematian sehingga kini sembilan orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata kedua-dua jemaah haji lelaki berkenaan ialah Osman Abdullah @ Wee Chen Kian, 64, dari Kg Sageng, Simunjan, Sarawak dan Abdul Hamid Hussain, 84 tahun. Tempat asalnya tidak diketahui.

Osman meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru di Pusat Rawatan Syisyah yang dikendalikan Tabung Haji dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, sementara Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit jantung di hospital Arab Saudi, katanya kepada media Malaysia selepas menziarahi pesakit di Pusat Rawatan Syisyah di sini malam Ahad.

Beliau diiringi Ketua Rombongan Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Pengarah Operasi Perubatan Makkah Dr Mohd Jusoh.

Beliau berkata setakat ini 66 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di hospital Arab Saudi dan pusat perubatan kendalian TH dan Kementerian Kesihatan.

Sebanyak tujuh jemaah haji dimasukkan ke hospital Arab Saudi, iaitu empat di Hospital King Abdul Aziz di sini,  satu di Mina dan dua lagi di Arafah, katanya.

Sementara itu, di pusat rawatan perubatan yang dikendalikan oleh TH pula, sebanyak 36 orang dimasukkan ke Pusat Rawatan Syisyah dan 23 di Pusat Rawatan Aziziah.

Menyentuh mengenai jemaah haji di Mina, Jamil Khir berkata pada Isnin jemaah haji yang melakukan “Nafar Awal”, iaitu yang keluar awal bagi meninggalkan Mina pada 12 Zulhijjah sebelum terbenam matahari (iaitu masuknya waktu solat maghrib), akan bergerak meninggalkan Mina untuk kembali ke Makkah setelah keluar untuk berwukuf di Arafah pada Khamis lepas, sebelum bermabit di Muzdalifah dan bermalam di Mina sejak Sabtu.

Kesemua jemaah haji dibenarkan melakukan Nafar Awal dengan syarat antaranya berniat untuk meninggalkan Mina dan kembali lagi, serta keluar sebelum terbenam matahari (masuk waktu solat maghrib) pada 12 Zulhijjah.

Mereka juga perlu menyempurnakan segala lontaran pada ketiga-tiga Jamrah – Kubra, Wusta dan Sughra pada 2 hari Tasyriq iaitu pada 11 dan 12 Zulhijjah serta bermabit dalam 2 malam (malam 11 dan 12 Zulhijjah) dengan sempurna.

Beliau berkata ada juga jemaah akan tinggal sehari lagi di Mina untuk “Nafar Thani” iaitu melontar sekali lagi pada 13 Zulhijjah, yang jatuh pada hari Selasa.

Jemaah haji sekembalinya ke Makkah akan bertawaf dan Saie sebelum berangkat pulang ke Malaysia dengan kumpulan pertama berlepas pulang Jumaat ini.

Jamil Khir juga berkata jemaah haji Malaysia tahun ini telah mengorbankan 13,437 ekor kibas dan 150 ekor unta sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di sini.

Beliau berkata nilai keseluruhan korban itu adalah sebanyak SR7.1 juta (RM6.16 juta), termasuk nilai kibas sebanyak SR6.5 juta (RM5.64 juta).

Kesemua binatang itu telah dikorbankan pada Sabtu lepas bersempena Hari Raya Aidiladha di Arab Saudi, katanya.

Menyentuh mengenai pengurusan haji kali ini oleh Arab Saudi tahun ini, Jamil Khir berkata pengurusan haji dari setahun ke setahun dilihat meningkat.

Bagaimanapun ada beberapa aspek pengurusan boleh dipertingkatkan, antaranya pengurusan jemaah haji semasa melontar di Jamrah, Mina di mana ramai jemaah haji yang jauh tempat penginapananya dan tidak mempunyai khemah penginapan di Mina, telah bermabit di sekitar Jamrah secara beramai-ramai.

Beliau berkata kerajaan Arab Saudi “boleh memperkemaskan lagi” perkara tersebut. – BERNAMA

Tags: Jamil Khir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Laksana Prinsip Maqasid Al-Syariah

27/02/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Barisan Nasional telah mempraktikkan lima prinsip maqasid al-syariah sepanjang pemerintahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselesaan rakyat....

Isu Jantina, Nur Sajat Dedah Motif Sebenar Papa Gomo?

17/01/2018
0

MISTERI jantina usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat rupa-rupanya turut menarik minat ramai pihak termasuklah penulis-penulis blog tanah air. Antaranya ialah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd