IA merupakan situasi yang menyayat hati di mana seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, Yaya kini menjadi penjaga kepada ibunya di hospital.
Wanita itu. Wang Hui Xian, 30, telah bercerai dan kemalangan jalan raya yang dialaminya turut membunuh ibu bapa serta mencederakan kakaknya.
Hanya Yaya yang tidak cedera dalam kemalangan pada 25 September itu. Memandangkan tiada siapa yang boleh menjaganya, Yaya terpaksa tinggal di hospital bersama ibunya yang mengalami kecederaan patah di beberapa bahagian badan.
Yaya lah tempat Wang bergantung dan dengan anak kecil itu dia membersihkan badan, menyuapkan makan dan mengelap air mata Wang setiap kali wanita itu menangis mengenangkan perbelanjaan yang terpaksa ditanggung ketika dirawat di hospital itu.
Yaya juga tidak menukar baju sejak kemalangan berkenaan, hanya memakai pakaian yang sama.
Selepas mendengar cerita sedih itu, penduduk setempat telah menderma wang kepada mereka namun Wang masih bergelut untuk membayar kos rawatannya.
Dalam pada itu, pihak hospital dijangka menjalankan pembedahan ke atas Wang dalam masa beberapa hari lagi. – MYNEWSHUB.CC


