• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Sukma Bebas Tuduhan Rogol Pegawai Pengiring

oleh Ahmad Albab
15/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling, dua tahun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Adib Adha Ismail, 20, di akhir kes pendakwaan.

Oleh itu, katanya tertuduh tidak perlu dipanggil untuk membela diri.

“Mangsa tidak dapat memastikan dengan jelas sama ada tertuduh merogolnya atau tidak, sebaliknya mangsa hanya mengecam seorang daripada ketiga-tiga tertuduh yang merogolnya.

“Tiada apa yang boleh dikaitkan dengan kamu selain profil asid deoksiribonukleik (DNA) pada tuala, namun ia bukan bukti langsung yang boleh menunjukkan kehadiran kamu di tempat kejadian. Selain itu, banyak keraguan timbul berdasarkan keterangan saksi,” kata hakim itu.

Tertuduh didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pukul 4.10 pagi, 4 Julai 2013.

Pada 11 Julai 2013, tertuduh didakwa bersama-sama dua lagi atlet bola baling lelaki Sukma 2013 iaitu Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 21, dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, 21, merogol wanita sama, di tempat dan hari sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada 9 Okt 2014 Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan mereka daripada pertuduhan itu kerana saksi tidak hadir pada perbicaraan kes itu.

Pada 3 Nov 2014 mereka didakwa semula di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sama. Bagaimanapun pada hari itu hanya Adib Adha yang hadir ke mahkamah manakala dua lagi rakannya tidak hadir.

Hari ini mahkamah menetapkan keputusan di akhir kes pendakwaan terhadap Adib Adha selepas mendengar keterangan 14 saksi pendakwaan termasuk mangsa dan rakan baik mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aishah Ahmad Zakiuddin manakala Adib Adha diwakili peguam Guok Ngek Seong. – BERNAMA

Tags: atletkes rogolSukma
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd