• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manfaat Ekonomi Digital Kini Dirasai Rakyat, Organisasi – Najib

oleh Ahmad Albab
15/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Manfaat inisiatif ekonomi digital Malaysia telah mula diraih rakyat dan organisasi, dan antara kumpulan terbesar yang menikmatinya ialah rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapan perasmian mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia ke-27 di sini, hari ini, Perdana Menteri berkata mereka mendapat manfaat melalui inisiatif seperti eRezeki yang membolehkan mereka meraih pendapatan tambahan melalui kaedah digital.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan mengambil konsep pendapatan digital untuk rakyat ke tahap yang lebih tinggi dengan pengenalan eUsahawan.

Semasa berkongsi cerita kejayaan inisiatif eRezeki, Najib memberi contoh mengenai seorang lelaki bekerja sendiri di Kuala Lumpur, Yazid Mohd Zaiki, yang dalam tempoh dua bulan memperoleh hampir RM2,000 dengan melakukan tugas digital mudah manakala setiausaha eksekutif dari Sawarak, Bong NN, meraih lebih RM600 dengan menjalankan tugas-tugas berkaitan foto.

“Selain pencapaian dalam ekonomi modal, manfaat inisiatif ekonomi digital negara telah mula sampai kepada rakyat dan organisasi,” katanya.

Seiring dengan usaha untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat, ialah usaha bersepadu untuk memperkasa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melalui cara digital, khususnya e-dagang, katanya.

Beliau berkata usaha MDeC bagi acara penting e-dagang, #MYCyberSALE, yang serupa dengan ‘Cyber Monday’ di Amerika Syarikat, berakhir buat kali kedua dengan rekod jualan sebanyak RM115 juta, hampir dua kali ganda angka tahun lepas.

Selain itu, Najib berkata Malaysia telah meletakkan asas untuk mengambil kesempatan daripada pelbagai peluang yang ditawarkan oleh teknologi terkini seperti ‘Big Data Analytics’ (BDA) dan ‘Internet of Things’ (IoT), yang telah dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Bagi Malaysia untuk membina ekonomi digital yang cergas, adalah penting untuk mempunyai ekosistem membolehkan yang kukuh, terdiri daripada bakat teknologi maklumat dan komunikasi bertaraf dunia untuk memenuhi permintaan teknologi yang semakin meningkat dan infrastruktur digital bagi penyambungan yang lancar,” kata beliau.

Najib berkata ekonomi digital di negara ini sedang menuju ke arah yang betul, mencapai 17 peratus sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2014, iaitu sasaran awalnya yang ditetapkan untuk tahun 2020.

Beliau berkata MSC Malaysia, yang merupakan asas kepada ekonomi digital negara, telah menyumbang lebih RM295 bilion dalam pendapatan kepada ekonomi Malaysia, RM283 bilion nilai pelaburan dan lebih 147,000 pekerjaan sejak ditubuhkan pada 1996.

MSC Malaysia adalah inisiatif ICT negara yang direka untuk menarik syarikat-syarikat teknologi bertaraf dunia di samping membentuk industri ICT tempatan.

“MSC Malaysia juga terus menarik pelaburan dari syarikat-syarikat bertaraf dunia dan canggih dalam pelbagai industri,” kata beliau.

Najib berkata beliau gembira melihat kemajuan yang dicapai MDeC, terutamanya dalam memperkukuh agenda kebangsaan Digital Malaysia.

“Saya yakin MDeC akan terus memainkan peranan penting sebagai pemangkin ICT dan pemacu ekonomi digital,” kata perdana menteri.

“Hari ini, peluang-peluang baru kerap diperoleh daripada inovasi dan penggunaan teknologi digital.

“Sesungguhnya, dunia digital terus meresapi setiap aspek kehidupan kita di pelbagai peringkat usia, yang membawa kepada persekitaran yang baru kesalinghubungan,” kata beliau.

Mesyuarat ini dihadiri antara lain Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood. – BERNAMA

Tags: EkonomiNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd