• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerusi DUN Pelabuhan Klang Bakal Kosong?

oleh AK-47
07/10/2014
dalam Hangat, Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini khabarnya telah mula bertiup desas-desus bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim khabarnya akan meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang yang didudukinya.

Laporan itu dicetuskan laman web akhbar Sinar Harian dalam satu laporan hari ini mengatakan bahawa Abdul Khalid akan mengosongkan kerusi itu dengan memetik sumber terdekat.

Berita itu menyebut, beliau akan melepaskan jawatan itu sebaik sahaja pulang dari bercuti.

[BACA – Khalid Pengerusikan Mesyuarat Exco Selangor Kali Terakhir]

Menurut laporan itu, ia memetik sumber yang dikatakan dekat dengan Abdul Khalid dan mengatakan beliau ada menyebut berkenaan perkara itu sebelum meninggalkan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baru-baru ini.

“Sebelum Tan Sri Khalid meninggalkan pejabat SUK baru-baru ini, beliau ada merancang untuk meletak jawatannya sebagai wakil rakyat di Selangor sebaik sahaja pulang dari bercuti di luar negara.

“Beliau mungkin akan mengumumkan peletakan jawatannya sebelum Dun Selangor bersidang pada bulan depan,” kata sumber itu seperti dipetik Sinar Harian.

Khalid_DUN

Khabar angin ‘panas’ itu bagaimanapun dinafikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh sambil memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang notis berkaitan peletakan jawatan itu.

“Saya tak dengar apa-apa pun, saya juga tidak terima apa-apa dokumen (notis letak jawatan) daripada beliau, tak ada,” katanya.

Jika benar, kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang akan membuka laluan untuk satu lagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Selangor selepas PRK DUN Pengkalan Kubor di Kelantan pada 25 September lepas.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada Abdul Khalid akan turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak atau tidak.

Khabarnya, Abdul Khalid akan meletakkan jawatan sebagai ADUN sebelum DUN bersidang pada bulan depan. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: adun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

Sultan Selangor Saran ADUN DAP Siew Ki, Ronnie Liu Kunjungi Plak Monumen Rukun Negara Seminggu Sekali

19/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyarankan Wong Siew Ki dari DAP dan bekas Exco DAP Negeri...

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

Bersatu Pecat Dua ADUN, Gantung Keahlian Tujuh Wakil Rakyat

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang pemimpin Armada Nasional, manakala tujuh lagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd