• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kawan Baik Tak Sangka Rupanya Mereka Adik Beradik Terpisah

oleh AK-47
15/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

FLORIDA (Amerika Syarikat) – Dua beradik perempuan yatim piatu yang terpisah di Korea berdekad lalu bertemu semula selepas kebetulan bekerja di bahagian sama di sebuah hospital di Florida.

Holly Hoyle O’Brien dan adiknya Meagan Hughes terpisah ketika masih kecil selepas bapa mereka maut dilanggar kereta api di Korea Selatan pada 1970-an.

Ibu tirinya membawa si adik yang masih kecil menyebabkan Holly atau nama asalnya Pok-Nam Shin diserahkan kepada rumah anak yatim sehingga diambil sebagai anak angkat oleh sepasang suami isteri warga Amerika ketika berusia sembilan tahun pada 1978.

Holly dibesarkan bersama sembilan beradik lain termasuk tiga perempuan di Virginia. Ibu angkatnya berusaha membantunya mencari adik kandungnya di Korea Selatan, tetapi tidak menemui sebarang rekod kanak-kanak berkenaan.

Pada masa sama, adiknya Eun-Sook Shin juga membesar di rumah anak yatim selepas kematian ibu tirinya.

Dia akhirnya diambil sebagai anak angkat, juga oleh sebuah keluarga Amerika dan membesar di New York dan diberi nama baru.

Awal tahun ini, Holly ditugaskan di Bayfront Health Port Charlotte di unit pembedahan dan secara kebetulan Meagan juga diterima bekerja di situ sebagai pembantu fisioterapi.

Selepas berkenalan, kedua-duanya menjadi sahabat baik sebelum mula membandingkan kisah lampau masing-masing yang menimbulkan syak mengenai hubungan sebenar mereka.

Akhirnya mereka membuat ujian DNA pada musim panas lalu yang mengesahkan kedua-duanya sebenarnya adik-beradik. – Agensi

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=bmWQHp4x6ik]

Tags: Amerika SyarikatKorea
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd