• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencuri Letupkan ATM Di Melaka, Larikan Sejumlah Wang

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Sebuah mesin juruwang automatik (ATM) sebuah bank di Taman Ayer Keroh Height di sini diletupkan awal hari ini dan pencuri melarikan sejumlah wang daripada mesin itu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata bom itu dipercayai diletupkan kira-kira pukul 2 pagi dan polis masih menyiasat jumlah wang yang dilarikan itu.

“Ada sebutir lagi bom yang tidak meletup. Kita masih siasat sama ada bom itu ‘backup’ atau tertinggal. Kita dapat buat analisis (daripada bom yang belum meletup) untuk cuba kenal pasti jenis bom digunakan dan bantu kita siasat siapa yang gunakan ini.

“Kita lihat cara (suspek) letakkan bahan letupan itu ada kepakaran. Jumlah diletakkan tidak terlalu banyak… (bom itu) dapat rosakkan mesin. Sebelum ini kita lihat ada cubaan (kes lain) tetapi tidak dapat pecahkan mesin ATM,” katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu beliau mengarahkan semua ketua polis daerah supaya meningkatkan rondaan di kawasan bank dalam daerah masing-masing bagi mengelak kejadian itu daripada berulang.

Chuah berkata polis meletupkan bom kedua pada pukul 10.25 pagi ini sebagai langkah keselamatan.

Beliau berkata polis juga akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut bagi mengenal pasti individu dan kenderaan yang keluar masuk kawasan itu.

“Saksi ada melihat suspek yang terlibat memakai topeng dan keluar masuk kawasan tersebut. Selepas ini kami akan jumpa pengurus bank bagi meningkatkan keselamatan terutamanya pada sebelah malam dan awal pagi,” katanya.

Chuah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut supaya segera menghubungi polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata siasatan awal mendapati bom yang digunakan adalah daripada jenis ‘pipe bomb’, dicetuskan menggunakan sumbu yang dibakar.

“Bom kedua yang ditemui didapati masih aktif dan dipercayai ‘misfire’ dalam kejadian tersebut. Bom tersebut telahpun diletupkan oleh polis bagi tujuan keselamatan.

“Kita juga percaya kejadian ini lakukan oleh lebih daripada dua orang suspek yang juga dipercayai melarikan sejumlah wang daripada mesin ATM tersebut. Jumlah wang dilarikan dan kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata polis mengambil langkah untuk memastikan kawasan itu selamat untuk dikunjungi orang awam. – BERNAMA

Tags: JenayahMelakamesin ATM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd