• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendekatan Ergonomik Bantu Tingkat Produktiviti Pekerja

oleh Ahmad Albab
12/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Majikan di negara ini digesa mengaplikasikan pendekatan ergonomik dalam sistem pekerjaan sebagai langkah meningkatkan produktiviti pekerja.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye berkata pendekatan itu mampu mengurangkan ‘musculoskeletal disorders’ (MSDs), iaitu penyakit berkaitan otot, tulang dan sistem saraf dalam kalangan pekerja.

“Budaya ergonomik yang diaplikasikan di kawasan pekerjaan mampu mengurangkan kemalangan, kecederaan, sakit dan kos penjagaan kesihatan terhadap pekerja.

“Dengan ini produktiviti pekerja meningkat sekali gus memberi keuntungan kepada organisasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program ‘Ergonomik di Tempat Kerja’ di sini, hari ini.

Ergonomik merupakan bidang sains dan teknologi yang bertujuan untuk menyesuaikan penggunaan peralatan pekerjaan, reka bentuk tempat kerja, persekitaran tempat bekerja dan juga cara bekerja mengikut had serta kemampuan fizikal dan mental pekerja.

Sehubungan itu, Lee berkata majikan tidak seharusnya ‘kedekut’ dalam membuat pelaburan untuk mengaplikasikan pendekatan ergonomik di organisasi masing-masing.

“Majikan perlu prihatin, contohnya dalam menyediakan kelengkapan pejabat termasuk perabot yang bersesuaian. Masalah tulang dan otot itu ada hubung kait dengan reka bentuk, susunan dan penggunaan pelbagai komponen perabot di pejabat,” katanya. – BERNAMA

Tags: ErgonomikMSDsNIOSHSEMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Audit Keselamatan Di Taman Permainan Perlu Elak Kemalangan

23/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Satu audit keselamatan yang rapi ke atas semua taman permainan awam di seluruh negara perlu dilaksanakan bagi...

Patuhi Garis Panduan Keselamatan Bekerja Di Tempat Tinggi

15/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Majikan, termasuk kontraktor penyenggaraan, yang pekerja mereka melakukan kerja di tempat tinggi, digesa melaksanakan tanggungjawab statutori masing-masing...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd