• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Lagi Kekejaman Israel, Seorang Warga Emas Ditembak

oleh AK-47
14/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana meminta tentera Israel untuk berlaku adil, seorang lelaki warga Palestin ditembak dalam satu kejadian di Hebron baru-baru ini.

Klip video kekejaman Israel tersebut dikongsi seorang wartawan Al Jazeera, Khadija Benguenna di halaman Facebooknya dan telah menerima lebih 80 ribu perkongsian sejak dimuatnaik semalam.

Menerusi video, mangsa, Ziad Al-Haleel, 65, dengan beraninya berdepan dengan lima tentera Israel yang lengkap bersenjata semata-mata mahu meminta mereka berhenti menembak kanak-kanak.


Hanya Minta Jangan Tembak Kanak-Kanak, Warga… oleh mynewshub

Pada minit ke 0.26, dapat dilihat salah seorang tentera Zionis ini cuba menakutkan Ziad dengan menembak ke arahnya di mana das tembakan tersebut sangat menghampiri kepala mangsa.

Malangnya, selang beberapa masa kemudian permintaan Ziad masih tidak diendahkan sebaliknya dia ditembak oleh salah seorang tentera Israel.

Video ini juga disiarkan oleh BBC News semalam tetapi hanya sebahagian sahaja disiarkan, yang mana tidak menampakkan Ziad mati ditembak tentera Israel.

Dalam laporan media, Israel mendakwa mangsa cuba menyerang mereka menyebabkan tindakan menembak terpaksa diambil.

Bagaimanapun, dalam video yang tersebar, mangsa dilihat tidak berbuat demikian dan hanya berdiri kaku sebelum ditembak dengan sengaja oleh tentera Israel.

Media barat sememangnya dilihat sebagai ‘penakut’ sejak dahulu lagi ditambah pula jika babitkan negara kuasa besar dan mempunyai kepentingan seperti Israel.

Dalam kejadian sebelum ini, seorang wanita ditembak mati oleh tentera Israel kerana enggan membuka tudung seperti diarahkan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

Tags: IsraelkejamPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

Trump Isytihar Konflik AS–Iran Tamat, Didakwa Elak Kelulusan Kongres

02/05/2026
0

Oleh Mynewshub WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump dilaporkan secara rasmi memaklumkan kepada Kongres bahawa konflik ketenteraan antara Amerika Syarikat dan Iran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd