• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Jakarta Untuk Lawatan Kerja 2 Hari

oleh Ahmad Albab
11/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja dua hari.

Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Halim Perdana Kusuma di sini pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan dan disambut oleh Menteri Perindustrian Indonesia Saleh Husin serta Timbalan Duta Besar Malaysia di Indonesia Roseli Abdul, pegawai-pegawai kerajaan serta anggota-anggota rombongan.

Antara anggota rombongan lawatan kerja itu ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim serta pegawai kanan kerajaan.

Rombongan Perdana Menteri itu kemudiannya terus berlepas ke Istana Presiden di Bogor untuk bertemu Presiden Joko Widodo dan mengadakan rundingan dua hala untuk mempertingkatkan kerjasama membangunkan industri sawit.

Kedua-dua pemimpin itu juga akan membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama dalam bidang alam sekitar.

Kunjungan Najib ke Indonesia kali ini juga adalah susulan daripada dua mesyuarat peringkat menteri antara Malaysia dan Indonesia pada 27 Ogos di Kuala Lumpur dan 3 Okt di Jakarta. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd