• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Tembak Bekas Adun Bukan Bermotif Politik

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu menolak kemungkinan motif pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Alor Limbat Alias Abdullah berunsur politik.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rosli Ab Rahman berkata bagaimanapun siasatan dari semua aspek sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca utama kejadian yang melibatkan mangsa yang juga seorang peguam.

Katanya, setakat ini pihaknya belum mendapat motif khusus berhubung insiden tembakan itu dan sedang mengkaji dari pelbagai sudut termasuk hal-hal peribadi, perniagaan dan hutang serta tugas mangsa sebagai pengamal undang-undang.

“Kita sedang mengkaji dan menjalankan siasatan terperinci merangkumi pelbagai sudut namun kita percaya kejadian ini tidak berkaitan dengan politik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya satu pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat dan mengesan kedua-dua suspek yang terlibat dalam kes tembakan tersebut dan pihak polis juga yakin kedua-dua suspek masih berada dalam negara.

Pada Jumaat, Alias, 51, maut ditembak pada jarak dekat di rumahnya di Kampung Alor Limbat, Bukit Payong, Marang selepas pulang daripada solat Jumaat.

Dalam kejadian 2 petang itu, mangsa yang berada di bahagian dapur rumahnya didatangi seorang lelaki tidak dikenali menaiki motosikal lalu melepaskan satu das tembakan yang mengenai pipi kiri mangsa.

Susulan kejadian itu, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payung oleh jiran mangsa untuk diberikan rawatan kecemasan sekitar 2.15 petang, namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia.

Rosli berkata suspek yang memakai topi keledar berwarna merah dan bervisor itu terus melarikan diri ke bahagian hadapan rumah di mana terdapat seorang lagi rakan suspek yang sedang menunggu di atas motor jenis Honda EX-5 berwarna hitam dan terus memecut laju ke jalan utama.

Jelasnya polis percaya suspek yang melepaskan tembakan itu berkemahiran tinggi menggunakan senjata api dan hasil daripada kelongsong peluru yang dijumpai, suspek menggunakan senjata jenis revolver 3.8.

Namun, katanya, sehingga kini masih tiada tangkapan dilakukan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]wG9Mujdw5og[/wpdevart_youtube]

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd