• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CWC MIC Perlu Dianggotai Pemimpin Dari Pelbagai Negeri

oleh Ahmad Albab
11/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua puluh tiga anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC yang akan dipilih pada 6 Nov pada pemilihan semula parti, perlu terdiri daripada pemimpin dari pelbagai negeri, kata Presiden parti Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya komposisi dari pelbagai negeri adalah penting, kerana ia akan mencerminkan aspirasi keseluruhan masyarakat India Malaysia.

“Lebih penting, pemimpin yang kita pilih perlu seiring dengan hala tuju kepimpinan parti. Mereka juga harus dapat bekerja bersama-sama saya untuk memenuhi keperluan masyarakat India selaras dengan visi dan matlamat saya,” kata Dr Subramaniam dalam laman Facebook rasminya.

Bagi 23 jawatan dalam CWC parti, penamaan calon akan diadakan pada 25 Okt dan pemilihan semula pada 6 Nov. MIC akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ke-68 di Pusat Pameran Taman Agro Malaysia Serdang (MAEPS) pada 6 dan 7 Nov.

Pemilihan semula bagi semua jawatan itu diadakan atas arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang memberikan tempoh sehingga akhir Oktober bagi melaksanakan semula proses pemilihan semula parti.

Setakat ini, MIC selesai mengadakan pemilihan di peringkat cawangan pada Julai lalu manakala peringkat bahagian pada bulan lepas. Semasa pemilihan presiden pada 21 Ogos, Dr Subramaniam menang tanpa bertanding bagi jawatan presiden bagi penggal 2013-2016.

Parti berusia 68 tahun itu mula dilanda krisis apabila wujud perbezaan pendapat antara bekas Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Dr Subramaniam selepas RoS mengeluarkan notis pada 5 Dis tahun lepas yang mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baharu bagi tiga kerusi naib presiden dan 23 kerusi CWC. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]qQtiyMmP43w[/wpdevart_youtube]

Tags: Dr S. SubramaniamMIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

‘MIC Perlu Beri Ketetapan Adakah Mahu Kekal Dalam BN, Jika Tidak Kami Akan Buat Keputusan Mengenai Hal Itu’ – Zahid

21/12/2025
0

BUTTERWORTH: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi kata dua kepada MIC untuk membuat ketetapan pendirian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd