• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Malaysia Berdaya Tahan, Bukan Negara Gagal

oleh Ahmad Albab
11/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia bukanlah sebuah negara yang gagal kerana telah membina ekonomi berdaya tahan yang diperakui agensi penarafan antarabangsa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, agensi terbabit telah mengiktiraf ketegasan Malaysia untuk tidak memilih langkah bersifat populis, tetapi berani mengambil keputusan yang diperlukan untuk membina asas yang lebih kukuh dan berdaya tahan, antaranya memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan program rasionalisasi subsidi.

“Walaupun kedua-dua langkah ini tidak begitu popular dari segi sambutan tetapi amat positif bagi membina kekuatan dan daya tahan kepada ekonomi negara.

“Lambat laun keputusan yang diambil kerajaan ini akan terbukti amat tepat,” katanya pada Majlis Anugerah Usahawan SME Bank di sini, malam tadi.

Isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada majlis berkenaan.

Hadir sama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Pengerusi SME Bank, Tan Sri Faizah Mohd Tahir dan Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Tan Sri Amirsham A. Aziz.

Kata Najib, negara juga telah memperbaiki kedudukan daya saing ekonomi selepas menduduki tangga ke-18 daripada 140 negara dalam Laporan Daya Saing Global 2015-2016 yang dikeluarkan Forum Ekonomi Dunia, meningkat berbanding tempat ke-20 tahun lalu.

“Maknanya sahihlah Malaysia bukanlah negara gagal…sebaliknya kita akan memacu ke arah sebuah negara yang lebih berjaya dan cita-cita kita untuk menjadi sebuah ekonomi maju akan menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu, mengenai sumbangan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana, perdana menteri berkata, sektor berkenaan tumbuh dengan kukuh malahan sejak 2011 ia mengatasi pertumbuhan ekonomi negara.

Untuk tempoh 2011-2014, katanya, sektor PKS berkembang purata 6.9 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.4 peratus.

“Bagi 2015, perkembangan KDNK PKS dijangka terus meningkat antara 6 hingga 7 peratus mengatasi pertumbuhan KDNK negara yang dijangka pada 4.5 peratus hingga 5.5 peratus,” katanya.

Menurutnya, asas ekonomi negara yang kukuh serta dasar kerajaan yang telah diperkenalkan Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan telah membolehkan sektor ini berkembang secara konsisten melebihi kadar pertumbuhan ekonomi negara,

Walaupun begitu, Najib turut menekankan peningkatan produktiviti sebagai salah satu daripada indikator yang perlu diberi penekanan.

“Saya berharap melalui automasi dan inovasi, perkara ini dapat dicapai di samping memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan turut memberi tumpuan untuk memperkenalkan pemangkin bagi meningkatkan daya saing industri PKS supaya lebih berinovatif dan mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Katanya, ini penting bagi memastikan sektor PKS negara mampu berdepan pasaran yang lebih kompetitif dengan munculnya Asean sebagai satu komuniti tunggal serta penyertaan negara dalam perjanjian perdagangan bebas, termasuklah Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) sekiranya di ditandatangani.

“Sudah tentu kita mempunyai peluang tetapi kita juga berdepan dengan persaingan yang lebih hebat lagi,” katanya.

Najib berkata, kerajaan juga sedang mempertimbangkan insentif tambahan kepada sektor PKS di dalam Bajet 2016 yang akan dibentangkan pada 23 Oktober ini.

“Saya sebagai Menteri Kewangan dalam peringkat akhir penyediaan belanjawan negara, sudah tentu tidak akan melupakan apa yang perlu dilakukan untuk PKS,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]CPlmEmzDuNU[/wpdevart_youtube]

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd