• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Universiti AIMST Rancang Bina Hospital Sendiri – Samy Vellu

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) merancang membina sebuah hospital bagi menawarkan perkhidmatan kesihatan termasuk perkhidmatan pergigian kepada masyarakat dari kawasan berhampiran.

Canselornya, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata keputusan membina sebuah hospital milik AIMST dibuat kerana universiti berkenaan mempunyai kelebihan dari segi kepakaran dalam bidang perubatan dan perkhidmatan pergigian.

“Kita ada tanah dan sekarang ini sedang merangka pelan pembinaannya selain membuat beberapa kaji selidik. Cadangan awal, hospital ini akan mempunyai bangunan empat tingkat dan berupaya memuatkan sebanyak 200 katil,” katanya.

Bekas presiden MIC itu berkata demikian pada sidang media selepas majlis Konvokesyen AIMST Kali Kelapan di kampus utama di Bedong, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata sejumlah 23,828 pesakit menerima rawatan pergigian percuma daripada 50 pakar pergigian di klinik pergigian yang diwujudkan di universiti berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Samy Vellu berkata buat pertama kali universiti itu akan memperkenalkan program pengajian Ijazah Teknologi Pergigian, bermula bulan ini.

“Ini merupakan program pertama yang diperkenalkan di negara ini. Setakat ini lapan penuntut sudah berdaftar dan pendaftaran masih lagi dibuka. Kursus ini mempunyai peluang kerja yang luas,” katanya.

Pada majlis konvokesyen berkenaan, sebanyak 558 graduan menerima diploma, ijazah, sarjana dan doktor falsafah, dalam pelbagai program antaranya bidang Farmasi, Pergigian, Bioteknologi, Perniagaan dan Pemasaran serta Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Dalam pada itu, seorang penuntut program Ijazah Pembedahan Pergigian, Tan Xin Yi, 22, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Emas Universiti manakala Anugerah Pelajar Perubatan Terbaik diberikan kepada Chang Jia Nee, 24. – BERNAMA

 

Tags: Samy VelluUniversiti
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

Firdaus Wong Kritik Aksi Ranjang Persembahan Teater Di Universiti

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penceramah bebas, Firdaus Wong Wai Hung meluahkan kekesalan terhadap satu kejadian yang didakwa berlaku di sebuah universiti...

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd