• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Mina: Agensi Berita AP Dakwa Lebih 1,450 Jemaah Maut

oleh AK-47
14/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TRAGEDI rempuhan yang berlaku di Mina baru-baru ini dipercayai adalah peristiwa paling dahsyat yang pernah berlaku dalam sejarah ibadah haji, iaitu melebihi rekod kematian insiden terowang penjalan kaki pada tahun 1990.

Ini berikutan, agensi berita The Associated Press (AP) mendedahkan, kiraan terbaharu menunjukkan sekurang-kurangnya 1,453 orang meninggal dunia di Mina pada 24 September lalu.

Difahamkan, angka itu diambil daripada kenyataan dan komen pegawai melibatkan 19 daripada lebih 180 negara yang menghantar rakyat bagi menunaikan ibadah haji.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi menyatakan angka rasmi iaitu 769 orang terbunuh dan 934 lain cedera dalam insiden itu adalah tepat.

Susulan laporan pendedahan oleh AP itu, siasatan bagi mendapatkan rekod sebenar sedang giat dijalankan.

Pada tahun 1990, seramai 1,426 orang dilaporkan terbunuh dalam rempuhan terowong penjalan kaki Muasseim dekat Mina sekali gus mencatatkan sebagai insiden paling teruk pernah berlaku.

Manakala dalam insiden 24 September lalu, Iran menyatakan, 465 jemaahnya terbunuh, manakala Mesir kehilangan 148 jemaah dan 120 jemaah Indonesia maut.

Mereka yang lain termasuk India dengan 101 kematian, Nigeria (99), Pakistan (93), Mali (70), Bangladesh (63), Senegal (54), Benin (51), Cameroon (42), Habsyah (31), Sudan (30), Maghribi (27), Algeria (25), Ghana (12), Chad (11), Kenya (lapan) dan Turki (tiga). – Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=6rLLMd26cEc

Tags: Arab SaudiHajiMina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

Mekah Terus Dikawal Dengan Sistem Pertahanan Udara Ultra Moden

24/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ARAB SAUDI sekali lagi menunjukkan tahap kesiapsiagaan luar biasa menjelang musim Haji 2026 apabila Kementerian Pertahanannya menayangkan video...

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd