• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7,315 Jemaah Haji Diperiksa Elak Penularan MERS-Cov

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada jemaah haji tahun ini yang pulang ke Malaysia dilaporkan terkena jangkitan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS-Cov) setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan telah menjalankan saringan ke atas seramai 7,315 jemaah haji dan 339 anak kapal sejak bulan lalu.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak 52 notifikasi kes `Patient Under Investigation (PUI) for MERS-CoV’ telah diterima melalui Bilik Pusat Kesiapsiagaan Krisis dan Bertindak Cepat (CPRC).

“Mereka merupakan jemaah haji yang memenuhi kriteria PUI MERS-CoV, seterusnya dirujuk ke hospital bagi menjalani rawatan dan ujian lanjut untuk jangkitan MERS-CoV.

“Kesemua kes tersebut telah disahkan sebagai bebas jangkitan terbabit melalui ujian makmal yang telah dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham menjelaskan, jemaah haji yang diperiksa terbabit adalah mereka yang tiba di Malaysia pada 29 September sehingga 9 Oktober lalu.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan memantau rapi perkembangan jangkitan MERS-CoV kerana ia dilaporkan masih berlaku di negara-negara rantau Timur Tengah.

Katanya, pihaknya turut bekerjasama rapat dengan Lembaga Tabung Haji untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan, memantau pemberian vaksin yang diperlukan dan mengendalikan sesi taklimat mengenai MERS-CoV kepada jemaah haji.

“Ia meliputi nasihat persediaan Kementerian Kesihatan sebelum berlepas serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan tertentu yang perlu diambil semasa mahupun selepas kembali ke tanah air dari mengerjakan ibadah haji.

“Pasukan perubatan turut dihantar ke Tanah Suci sepanjang tempoh haji bagi menjaga keperluan perubatan jemaah haji,” katanya. – mynewshub.cc

 

Tags: jemaah hajiVirus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

Arnab ‘Bertanduk’ Di Colorado Akibat Virus

15/08/2025
0

COLORADO: Penduduk di Fort Collins dan beberapa kawasan lain di Colorado dilaporkan melihat arnab liar dengan ketumbuhan berbentuk seperti 'tanduk'...

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

182 Bakal Jemaah Terpedaya Dapat Surat Tawaran Haji Palsu

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 182 bakal jemaah haji yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam dan kelmarin,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd