• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NCCC Gesa Kerajaan Cepat Haramkan E-Rokok

oleh Ahmad Albab
14/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) menggesa kerajaan segera agar mengharamkan penggunaan e-rokok di negara ini sebelum ia terlambat dan memberi kesan negatif terhadap tahap kesihatan rakyat.

Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, banyak negara pun telah mengharamkan penjualan e-rokok termasuk Brunei, Thailand, Kemboja, Singapura dan Argentina untuk mengelakkan risikonya kepada rakyat masing-masing.

“Negara lain Bahrain, Brazil, Colombia, Greece, Jordan, Kuwait, Lubnan, Lithuania, Mauritius, Mexico, Nepal, Nicaragua, Panama, Qatar, Arab Saudi, Seychelles, Suriname, Turki, Emiriah Arab Bersatu dan Uruguay.

“Oman dalam proses untuk mengharamkan e-rokok. Jepun dan Australia telah mengharamkan e-rokok dengan nikotin. Keputusan bagi kerajaan Malaysia adalah jelas e-rokok perlu diharamkan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.

Muhammad Sha’ani berkata, terdapat banyak kajian dan pandangan pakar mengenai bahaya e-rokok seperti wap e-rokok boleh mengandungi penyebab kanser formaldehid pada tahap sehingga 15 kali lebih tinggi daripada rokok biasa.

Baca: Cecair Rokok Elektronik Berbahaya – Pakar

Juga: Komuniti Vape Mahu Peraturan Lebih Baik, Bukan Larangan

Katanya, laporan turut menyebut wap e-rokok dilaporkan menghasilkan kesan pada paru-paru termasuk keradangan dan kerosakan protein, mengandungi bahan kimia yang diketahui menyebabkan kanser, kecacatan kelahiran dan bahaya kepada fungsi reproduktif lain.

“Bahan kimia ini mengalir melalui sistem peredaran darah ke otak dan semua organ-organ. Aerosol ini juga mengandungi kepekatan tinggi zarah halus yang dihidu dan terperangkap di dalam paru-paru,” katanya.

Katanya, e-rokok juga merbahaya kerana industri farmaseutikal yang biasanya menggalakkan pelbagai peranti berhenti merokok tidak menghasilkan e-rokok sebagai peranti pemberhentian merokok.

“Sebaliknya, syarikat-syarikat tembakau transnasional telah membeli perniagaan e-rokok dan mempromosi dan memasarkannya sebagai kurang berbahaya.

“Pemasaran kononnya e-rokok sebagai tidak berisiko membuktikan usaha pengeluar terdiri dari 80 peratus pemilikan oleh syarikat rokok bukan sebagai satu cara untuk mengurangkan dan memberhentikan tabiat merokok,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Kerajaanrokok elektronik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

DAP Bantah Syarat 50% Ekuiti Bumiputera Dalam Pelupusan Tanah, Minta Kembalikan Kepada 30%

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP membantah peningkatan pegangan ekuiti bumiputera kepada 50 peratus bagi pelupusan hartanah bernilai melebihi RM20 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd