• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putera Arab Saudi, Pemilik Kedua Terbesar Twitter

oleh AK-47
14/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARTAWAN terkenal Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal telah menambah pegangan saham bagi menguasai laman sosial makro popular antarabangsa, Twitter yang dilakukan dalam enam minggu lepas.

Tindakannya itu membolehkan baginda menguasai 5.17 peratus saham sekali gus menjadikannya pemegang kedua terbesar selepas mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan salah seorang pengasas laman itu, Evan Williams.

Menurut sumber, berita pengumuman mengenai penambahan dan pegangan saham oleh Putera Alwaleed secara kebetulan dibuat tidak lama selepas Jack Dorsey dilantik sebagai CEO terbaharu Twitter.

Putera Arab Saudi itu merupakan salah seorang yang terkaya di Arab Saudi. Berdasarkan data terbaharu yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, Putera Alwaleed merupakan individu ke-34 paling kaya di dunia.

Baginda membeli 3 peratus saham Twitter pada 2011 dan kini menguasai 35 juta unit saham dengan nilai lebih RM4 juta termasuk lima juta unit saham yang dimiliki secara tidak langsung melalui Kingdom Holding Company.

SAUDI-ROYALS-CHARITY-ALWALEED
Hartawan terkenal Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal

Baca: Putera Saudi Derma Amal Semua Hartanya RM120 Bilion

Juga: Dana RM2.6 Bilion: Tiba-Tiba Ada Takut Kritik Arab Saudi

Meskipun menjadi salah seorang pemegang saham terbesar, Putera Alwaleed ironi jarang menggunakan Twitter. Memiliki 3 juta pengikut di laman makro itu, beliau hanya menulis 171 tweet sejak menyertainya pada 2013 lalu.

Selain melabur dalam Twitter, Putera Alwaleed yang kini berusia 69 tahun itu juga mempunyai kepentingan saham secara signifikan dalam beberapa syarikat antarabangsa termasuk Citigroup, Time Warner dan Disney.

Baginda yang juga seorang dermawan sebenarnya merupakan kerabat diraja Arab Saudi serta anak saudara kepada almarhum Raja Abdullah ibn Al-Saud, yang mangkat pada 23 Januari lalu dalam usia 90 tahun.

Awal Julai lalu, baginda berikrar bakal mendermakan kesemua harta kekayaannya yang dianggarkan bernilai AS$32 bilion (RM120 bilion) kepada projek-projek amal sepanjang tahun-tahun akan datang. – MYNEWSHUB.CC

 

https://www.youtube.com/watch?v=eDklcV4u9YI

Tags: Arab Saudilaman sosialPutera Arab SaudiTwitter
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

Kisah Pembunuh Twitter Jepun Yang Berakhir Di Tali Gantung

19/10/2025
0

TAKAHIRO SHIRAISHI: “PEMBUNUH TWITTER” JEPUN DIGANTUNG SAMPAI MATI Oleh Mynewshub  TOKYO, 27 JUN 2025 – Jepun telah melaksanakan hukuman gantung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd