• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sukan Asia – Ke Mana Hilangnya Ketua Pengarah MSN?

oleh Ahmad Albab
05/10/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

INCHEON – Sudah menjadi tradisi setiap kali tamat temasya besar seperti Sukan Asia, Ketua Pengarah (KP) Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengadakan sidang media khas bagi mengulas pencapaian kontinjen negara sepanjang kejohanan berlangsung.

Namun berbeza kali ini apabila kelibat ‘orang kuat MSN itu’ serta pegawai kanannya tidak kelihatan, sebaliknya hanya Ketua Kontinjen negara, Datuk Danyal Balagopal Abdullah berani tampil memberi ulasan pencapaian atlet negara di Incheon.

Kebanyakan media Malaysia yang membuat liputan di Temasya Sukan Asia ke-17 meluahkan rasa pelik apabila melihat sikap berbeza Datuk Seri Zolkples Embong seolah-olah melarikan diri apabila bertembung media di venue kejohanan.

Keadaan tersebut menimbulkan pelbagai andaian sama ada KP MSN itu ‘melarikan diri’ atas kegagalan di Incheon dan Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland pada Ogos lepas ataupun pengumuman Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk membuat rombakan besar-besaran dalam MSN mengganggu fikirannya.

Apapun bentuk andaian dibuat sekalipun hanya ‘tuan milik badan’ yang mengetahui keadaan sebenar.

Danyal berkata beliau ada menjemput Zolkples bersamanya hari ini, namun KP MSN itu menolak tanpa menyatakan alasan.

“Saya tak tahu kenapa Datuk Zol (Zolkples) tidak mahu hadir hari ini walaupun saya telah memberitahu bahawa media Malaysia membuat permintaan untuk mengadakan sidang media hari ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata mungkin Zolkples mempunyai urusan lain yang lebih penting untuk diselesaikan hari ini.

Danyal berkata KP MSN itu turut memberitahunya bahawa beliau tidak dapat hadir pada majlis penutup kejohanan di Stadium Utama Asiad Incheon kerana tidak membawa pakaian rasmi kontinjen negara.

Malaysia gagal mencapai sasaran lapan pingat emas seperti yang diletakkan sebelum ini apabila menamatkan cabaran di Incheon di tempat ke-14 dengan membawa pulang lima pingat emas, 14 pingat perak dan 14 pingat gangsa.

Sepanjang penyertaan di Sukan Asia, kontinjen Malaysia meraih empat pingat emas di Hiroshima, Jepun (1994), lima emas di Bangkok, Thailand (1998), enam emas di Busan, Korea Selatan (2002), lapan emas di Doha, Qatar (2006) dan sembilan emas di Guangzhou, China (2010) yang juga adalah pencapaian terbaik negara. – BERNAMA

 

Tags: Sukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pencapaian Cemerlang Atlet Malaysia Pada Sukan Asia 2018

03/09/2018
0

JAKARTA – Selepas 14 hari bersaing memburu kejayaan, temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 melabuhkan tirai dengan pertunjukan bunga api yang...

Malaysia Benam India Mara Ke Final Hoki

30/08/2018
0

PELUANG skuad hoki negara untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara automatik semakin cerah selepas benam India 7-6 menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd