• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Dengi Di T’ganu Catat Peningkatan Ketara

oleh Ahmad Albab
04/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 1,051 kes demam denggi dicatat dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini di seluruh Terengganu iaitu peningkatan 194 peratus berbanding hanya 357 kes untuk tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 989 kes adalah demam denggi dan 62 kes demam denggi berdarah berbanding 320 kes demam denggi dan 37 kes demam denggi berdarah bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata Kuala Terengganu mencatat kes tertinggi iaitu 680 kes diikuti Besut (88 kes), Marang (80), Dungun (77), Kemaman (75), Hulu Terengganu (37) dan Setiu (14).

“Jabatan juga mengenal pasti tiga lokaliti wabak berulang di sekitar Kuala Terengganu iaitu Kampung Gong Tok Nasek, Pangsapuri Harmoni di Batas Baru dan Losong Haji Mat Shafie.

“Sehubungan itu, jabatan dengan kerjasama pelbagai jabatan dan agensi kerajaan telah membuat gotong royong perdana di kawasan wabak bagi memastikan tahap kebersihannya memuaskan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dr Anwa berkata hasil pemeriksaan jabatan di 175,369 premis kediaman dan perniagaan di seluruh negeri mendapati 1,181 premis dikesan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Jabatan telah mengeluarkan sebanyak 8,680 notis dan mengenakan 506 kompaun bernilai RM253,000 kepada pemilik premis terbabit serta meminta mereka lebih peka terhadap aspek kebersihan di premis masing-masing.

“Setakat ini, sebanyak 279 kompaun telah dibayar dengan nilai RM34,260 dan kita akan pastikan mereka membayar kompaun ini sebagai pengajaran memastikan kesilapan sama tidak lagi berulang,” katanya. – BERNAMA

Tags: demam denggiTerengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

PM Anwar Pesan Pelajar Tahfiz Tabayyun, Jangan Terpengaruh Suara Sumbang

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan kepada pelajar tahfiz supaya sentiasa berpegang pada prinsip tabayyun. Menurut...

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd