• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pos Singapura Guna Drone Hantar Surat Ke Pulau Kecil

oleh
10/10/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Agensi perkhidmatan pos tempatan, Singapore Post Limited atau lebih dikenali sebagai SingPost berjaya menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) untuk menghantar kiriman surat dan bungkusan ringan.

Percubaan sulung tersebut melibatkan penghantaran pos dari tanah besar Singapura ke Pulau Ubin yang terletak kira-kira dua kilometer merentasi Selat Tebrau dekat sempadan negeri Johor di selatan Semenanjung Malaysia.

Ia merupakan percubaan pertama seumpamanya di dunia dan projek khidmat drone bakal dimanfaatkan untuk menghantar kiriman pos ke pulau kecil seluas 10 kilometer persegi itu yang dihuni hanya kurang 40 penduduk.

Screen-Shot-2015-10-08-at-11.27.00-am

SingPost dalam satu kenyataan media berkata, penghantaran ujian pada Khamis tersebut adalah sebahagian daripada kerjasama dengan Penguasa Pembangunan Infokom Singapura bagi menambah baik kecekapan pos.

Sebelum ini, setiap kiriman surat dan bungkusan ke pulau tersebut dihantar oleh posmen SingPost menerusi perkhidmatan bot kecil ulang-alik dari jeti Changi yang lazimnya mengambil masa pelayaran kira-kira 10 minit.

Masalah sering timbul kerana jurumudi tidak akan bergerak jika bot belum penuh 12 penumpang dan sekiranya mahu juga belayar, penumpang kena bayar caj tambahan S$30 (RM90) berbanding normal hanya S$3 (RM9).

Penerbangan yang menggunakan drone tersebut terbang sejauh 2.3 kilometer itu cuma mengambil masa selama lima minit serta berupaya membawa muatan ringan seperti surat bersaiz A4 dan bungkusan sebesar baju-T.

singpost08

Stesen penyiaran pemerintah, Channel NewsAsia melaporkan, UAV itu terbang pada ketinggian 45 meter atas paras laut dengan kelajuan 9 meter per saat dari Lorong Halus di Pasir Ris ke Mountain Bike Park di Pulau Ubin.

UAV itu mengandungi ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkat dan ia juga menggunakan aplikasi prototaip dilengkapi dengan sistem pengesahan untuk memastikan kiriman SingPost selamat sampai kepada penerima.

Secara kebetulan, percubaan drone itu dicipta sempena perayaan Hari Pos Sedunia yang diraikan setiap 9 Oktober hasil pengisytiharan oleh Kesatuan Pos Universal menerusi kongres tahunan diadakan di Tokyo, Jepun pada 1969.

SingPost yang diasaskan sebagai sebuah badan awam sejak 1819 hari in mempunyai 62 buah pejabat pos di seluruh Singapura dengan ibu pejabat korporat pusat pos induk terletak di Paya Lebar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: posSingapuraSingpost
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd